Berang kerana kerap berubah mood, suami tikam isteri sehingga m@ti
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pertengkaran antara pasangan adalah perkara biasa dalam rumah tangga.
Namun, berhati-hati menguruskan emosi semasa bergaduh. Pada petang Isnin lalu, satu insiden tragis menggegarkan komuniti di Mukim Bang Khun Si, Bangkok, Thailand, apabila seorang wanita warga emas berusia 77 tahun maut akibat ditikam suaminya.
Menurut laporan pihak berkuasa, suspek yang berusia 69 tahun menghubungi polis sekitar jam 4 petang untuk melaporkan kejadian tersebut.
Apabila polis tiba di rumah yang didiami pasangan itu, mereka menemui mangsa dalam keadaan terlentang dengan sebilah pisau masih tercacak di dada kirinya.
Tiada tanda-tanda pergelutan ditemui di dalam rumah, menunjukkan bahawa kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran.
Mangsa dilaporkan menghidap demensia, yang menyebabkan perubahan emosi dan kerap menjadi pelupa.
Menurut pengakuan suaminya, keadaan itu sering mencetuskan pertelingkahan antara mereka.
Pada hari kejadian, suspek mendakwa bahawa isterinya tergelincir dan terjatuh di bilik air hingga mencetuskan pertengkaran hebat.
Dalam keadaan marah, dia mengambil pisau dan menikam mangsa sehingga mati.
Selepas kejadian, suspek tidak melarikan diri dan menunggu kehadiran polis di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat, manakala lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Kejadian berkenaan menyorot isu keganasan rumah tangga yang boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan usia.
Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya sokongan dan pemahaman terhadap individu yang menghadapi masalah kesihatan mental serta perlunya pengurusan emosi yang baik dalam hubungan suami isteri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
