KITA biasa dengar orang kata, wang tidak dapat membeli kebahagiaan.

Namun, duit sememangnya sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap keceriaan seseorang.

Penyataan tersebut dibuktikan dengan penyelidikan oleh sebuah badan pembekal pertukaran asing di Melbourne, Australia.

Penyelidik mendakwa mereka telah menemui jumlah yang optimum untuk penduduk di 173 buah negara berasa bahagia.

duit
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Lapor Daily Mail, kajian oleh S Money mendapati, rakyat Iran memiliki kos kebahagiaan tertinggi di dunia.

Masyarakat di negara itu memerlukan gaji hampir RM1,125,000 (ASD239,700) setahun untuk berasa cukup dengan kehidupan mereka.

Yemen pula berada pada tangga kedua apabila penduduknya memerlukan kos sebanyak RM808,100 (ASD172,140) setahun.

Kedudukan itu diikuti Australia yang mana rakyatnya memerlukan gaji berjumlah RM568,900 (ASD121,191) untuk rasa bahagia.

DUIT
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Tujuh lagi negara yang menduduki antara 10 negara berpendapatan tinggi adalah seperti berikut:

Zimbabwe: RM555,000 (ASD118,342)
Norway: RM552,000 (ASD117,724)
Switzerland: RM543,300 (ASD115,745)
New Zealand: RM538,000 (ASD114,597)
Israel: RM528,000 (ASD112,506)
Iceland: RM525,300 (ASD111,908)
Amerika Syarikat (AS): RM492,900 (ASD105,000)

Daripada kajian sama, penduduk di Sierra Leone pula dianggarkan hanya memerlukan pendapatan sebanyak RM40,600 (ASD8,658) sahaja setahun.

Baca juga:Elak kena scam penipu emas, ini trik boleh selamatkan duit poket wanita

DUIT
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

PENILAIAN KEHIDUPAN

Melihat kepada perangkaan tersebut, pasti anda tertanya-tanya bagaimana penilaian tersebut dibuat?

Pertama, pasukan peyelidik merujuk kajian Universiti Purdue yang menganalisis hubungan antara kebahagian dan pendapatan untuk menemui harga kebahagiaan di setiap negara.

Penyelidikan tersebut mencatatkan penilaian titik kepuasan dalam dolar AS untuk setiap wilayah yang dikaji.

Baca juga: Dunia dijangka lebih panas membara pada tahun 2028 daripada sekarang. Saintis suarakan kebimbangan

 

“Penilaian Kehidupan adalah metrik daripada tinjauan pendapat World Gallup yang mengukur sejauh mana individu menilai kehidupan mereka.

“Titik kepuasan Penilaian Kehidupan pula merujuk kepada titik pendapatan untuk sebarang peningkatan dalam pendapatan yang tidak memberi sebarang kesan ke atas kebahagiaan individu,” kata S Money.

NISBAH KUASA BELI

Bagi mengetahui harga kebahagiaan mengikut negara pula, pasukan penyelidik tersebut menukar angka yang diperoleh kepada mata wang tempatan.

Iklan

Ia menggunakan nisbah kuasa beli yang diperoleh daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

‘Akhir sekali, kami menukar semula mata wang tempatan kepada dolar AS menggunakan kadar pertukaran semasa yang diberikan oleh Google Finance,” katanya.

DUIT
SUMBER Markus Spiske daripada PEXELS.

Selain itu, pengkaji turut mengira harga kebahagiaan untuk bandar terpilih dalam setiap negara yang dikaji.

Indeks kebahagiaan kemudiannya dinilai mengikut kos sara hidup oleh laman web Numbeo.

Berdasarkan kajian tersebut, benarkah wang boleh membuatkan seseorang individu berasa gembira?

Kajian oleh Harvard Universiti mendakwa kebahagiaan bukan diukur dengan apa yang diperoleh tetapi bagaimana anda membelanjakannya untuk rasa seronok.

Penyelidik juga berkata, pengalaman membeli akan menjadikan seseorang lebih berpuas hati.

Iklan

Baca juga: Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

SinarPlus pula berpendapat kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit.

Kita boleh berbahagia dengan sesuatu benda yang harganya murah tetapi mempunyai nilai yang istimewa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!