PERCUTIAN di atas kapal persiaran mewah semakin menjadi trend ramai penduduk dunia.

Semestinya, pengalaman berlayar di lautan luas memberi pengalaman jauh berbeza berbanding berlibur di atas daratan.

Mengetahui bahawa konsep sebegitu digilai ramai, sebuah kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas baru-baru ini membuat kemunculan sulungnya yang membuatkan ramai kagum.

Portal Mail Online melaporkan, kapal ikonik bernilai RM8.91 bilion (USD1.5 bilion) itu dijangka membuat pelayaran rasmi pertamanya pada Januari 2024.

Biarpun mendapat pelbagai kritikan, syarikat pengeluar kapal berkenaan, Royal Caribbean berkata, pihaknya telah memperoleh jualan awal berjumlah RM26.69 juta!

Baca juga:Kapal selam bawa 4 pelancong termasuk seorang hartawan teroka kapal Titanic hilang, 9 info berkenaan

 

Menurut Ketua Eksekutif Royal Caribbean, Michael Bayley, Icon of the Seas menawarkan percutian berprestij apabila menampilkan pelbagai kemudahan yang luas dan besar.

“Melihat kepada tenaga dan masa yang telah diperuntukkan untuk kapal ini, ia sememangnya menakjubkan,” katanya.

TAMAN TEMA TERBESAR DUNIA

Apa yang menarik, kapal yang dilaporkan lima kali lebih besar daripada kapal Titanic itu mempunyai taman tema air atas kapal terbesar di dunia dengan gelongsor terjun bebas.

Direka untuk menarik perhatian golongan muda, kenderaan gergasi tersebut turut menawarkan aktiviti terbang kelawar (zip line) setinggi 47 meter dari atas laut, rock climbing dan laluan berhalangan.

Pengunjung juga berpeluang untuk bersantai di kolam infiniti sambil ditemani persembahan muzik secara live.

Bukan itu sahaja, Icon of the Seas menyediakan 40 buah bar dan restoran, air terjun dengan kedalaman 16.8 meter, padang golf mini dan gelanggang ais.

Bagi yang mahukan suasana makan yang tenang, mereka boleh membuat tempahan di restoran Cloud 17 yang hanya terhad kepada 38 orang pengunjung sahaja.

Baca juga:Mudah nak travel naik flight lama, ini cara solat dalam kapal terbang 

Selain itu, kapal persiaran tersebut turut mempunyai kabin terbesar yang kelihatan seperti sebuah rumah tiga tingkat dan boleh memuatkan sehingga lapan orang pengunjung.

Panorama laut yang cantik pula boleh dinikmati melalui sebuah kubah yang dibina daripada 673 panel kaca dan 712 panel alunimium di tingkat teratas kapal tersebut.

Iklan

Sebaik sahaja ia belayar, kapal yang panjangnya kira-kira 365 meter dan mempunyai 20 tingkat itu mampu menampung sehingga 7,600 penumpang dan 2,350 anak kapal.

Baca juga: Kebetulan memilukan, isteri CEO syarikat kapal selam OceanGate yang maut rupanya cicit korban Titanic

Baca juga: Titan meletup berhampiran kapal Titanic, 5 pengembara sejati disahkan meninggal dunia. 4 info berkaitan

Di media sosial, gambar dan video kapal persiaran itu menjalani ujian laut buat pertama kali telah mencetuskan reaksi berbeza penonton.

“Adakah ia benar?” kata seorang pengguna sebagai respons kepada foto kapal persiaran baharu tersebut.

Dalam pada itu, Royal Caribbean berkata, Icon of the Seas akan menjadi salah satu kapal mesra alam yang pernah dibina kerana ia dikuasakan oleh gas asli cecair.

Iklan

Untuk rekod, kapal terbesar dunia, Wonder of the Seas mempunyai kepanjangan 362 meter.

Sumber: Mail Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!