Bertemu kembali selepas setahun terpisah akibat perang Isr@el- P@lestin, jejak kasih pasangan kembar ini bikin netizen terharu

No Image Caption
A
A
A

Hubungan adik-beradik ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Terpisah jauh mana sekali pun walau lama tidak bersua muka bukan penghalang untuk masing-masing saling mengingati antara satu sama lain.

Seminggu tidak berjumpa pun sudah rasa rindu inikan pula bertahun terpisah kerana keadaan yang memaksa. Inilah yang berlaku kepada Mahmoud Al-Attout warganegara Palestin yang tidak menahan rasa kegembiraan apabila dapat bertemu kembali dengan kembarnya, Ibrahim selepas setahun berpisah akibat peperangan.

Video viral yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial kelihatan pasangan kembar ini sangat teruja dan menangis berpelukan di sambil di kelillingi ribuan rakyat Palestin yang berjalan kaki Kembali ke utara Gaza selepas tercapainya kemajuan dalam rundingan tebusan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

No Image Caption

Memori indah yang berlaku di Jalan Al-Rashid dekat Bandar Gaza ini menarik perhatian netizen yang rata-rata rasa terharu dengan pertemuan bersejarah ini. Maklum dengan keadaan kacau bilau yang berlaku di Gaza kemungkinan berlaku perpisahan antara keluarga memang tidak dapat dielakkan.

Antara komen netizen yang dapat dilihat di media sosial:

Coloring Diary: “rumah hancur tak apa, yang penting hubungan keluarga masih erat.”

Miraedorashop: “tak siapa tahu perasan mereka saat ini betapa gembira nya mereka.”

Sofaera: “Ya ALLAH, Allahu Akbar. Tak ada apa yang lebih bahagia, hatta harta benda sekali pun takkan mampu melawan rasa bahagjanya dapat tengok balik ahli keluarga kita, orang yang kita sayang masih bernyawa.”

AinieyAyumieOthman: “Sedih Ya ALLAH. Semoga syurga buat kamu semua saudaraku. Kekuatan kamu. Iman kamu. Tiada daya untuk kami.”

No Image Caption

Untuk rekod, Hamas dan Israel telah mencapai perjanjian gencatan senjata kira-kira dua minggu lalu, selepas lebih 460 hari konflik yang membawa kemusnahan besar kepada Gaza.

Sejak perang bermula pada Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 46,000 rakyat Palestin di Gaza.

Bagi fasa pertama perjanjian ini, kedua-dua pihak akan saling membebaskan tahanan dan Israel juga akan membenarkan penduduk awam kembali ke kediaman mereka di utara Gaza.

Trak bantuan akan dibenarkan memasuki Gaza setiap hari, bersama dengan pemindahan rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di luar Gaza dan pembukaan lintasan Rafah dengan Mesir dalam masa tujuh hari selepas pelaksanaan fasa pertama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang