Bill Gates terima menantu Muslim, atlet ekuestrian Mesir, berikut 5 fakta mengenainya

A
A
A

ANAK perempuan sulung Bill Gates, Jennifer Gates baru-baru ini melangsungkan perkahwinan dengan atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar, 30, yang berketurunan Islam.

Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.

Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.

Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.

Bilionair pengasas Microsoft  itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.

Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.

Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.

Mungkin ramai yang ingin tahu tentang menantu Muslim Bill Gates ini. Dilaporkan dari laman Fox Business, berikut adalah lima fakta mengenai Nayel Nassar:

1. Dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait

Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun

Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.

2. Menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020

Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.

3. Menguasai tiga bahasa

Graduan lulusan  Ekonomi Universiti Stanford itu menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.

4. Mencari cinta melalui kuda

Berkenalan pada 2017, Jennifer dan Nassar menyukai sukan berkuda. Inilah yang membuat mereka saling jatuh cinta. Nassar menunggang secara profesional manakala Jennifer melakukan aktiviti itu sebagai sukan mengisi masa lapang.

5.Memiliki perniagaan ladang kuda

Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.

Bill dan bekas isterinya, Melinda berpisah secara rasmi Mei lalu selepas 27 tahun bersama.

Bill dan Melinda bertemu sekitar akhir 1980-an ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft. Mereka berkahwin pada 1994 dan mempunyai tiga orang anak iaitu Jennifer, Rory dan Phoebe.

Baca juga: Selepas Jeff Bezos, Kini Individu Terkaya Bill Gates Pula Bercerai. Kekayaan Bukan Jaminan Kebahagiaan

Bill dan bekas isterinya, Melinda bersama anak mereka, Jennifer, Pheobe dan Rory.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,' Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Baca juga: Pasangan Kekasih Pembawa Talasemia Menangis Terpaksa Putus, Enggan Risikokan Zuriat Warisi Penyakit

Sumber: Daily Mail,Fox Business

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang