Budak 4 tahun rentung, ibu keluar beli makanan. 'Terperangkap di dalam bilik tidur utama'

No Image Caption
A
A
A

RAMADAN ke-11 menyaksikan peristiwa meyayat hari seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran di  Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.

Lapor Bernama, si kecil yang dipercayai ditinggalkan bersama lima lagi adik-beradiknya tanpa pengawasan orang dewasa pergi selamanya dalam kejadian jam 2.59 petang.

Berikut info lanjut berkaitan kejadian:

1-Tragedi meragut nyawa itu berkenaan berlaku di tingkat 10.

2-Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata siasatan awal mendapati kesemua enam beradik yang berumur antara sembilan bulan hingga 10 tahun itu berada di rumah ketika ibu mereka dipercayai keluar membeli makanan.

3-Lebih memilukan, jiran yang menyedari kebakaran itu segera bertindak menyelamatkan mangsa, namun gagal menyelamatkan si kecil berkenaan terperangkap di dalam bilik tidur utama yang telah terbakar.

4-Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Mohd Azizie Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang. Sepasukan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil bersama balai bantuan dari Seri Petaling bergegas ke lokasi.

5-Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan rentung selepas kerja-kerja pemadaman.

6-Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang dan api memusnahkan 80 peratus premis. Punca kebakaran masih disiasat.

Artikel Berkaitan:

7-Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

8-Mohd Rosdi menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa peka serta tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingin.

Sementara itu, sebuah video tular seorang kanak-kanak memberitahu kebakaran berlaku selepas melihat kepulan asap tebal dari tingkap kediaman mangsa.

Sumber: Bernama, Sinar Harian,Buletin TV3

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang