GARA-GARA mendakwa mayat kanak-kanak yang ditanam kesejukan di dalam tanah, seorang lelaki warga Rusia bertindak mencuri dan menggali semula mayat yang telah ditanam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Anatoly Moskvin, 59, berhadapan dengan hukuman mahkamah apabila dia ditangkap bersama 29 mayat kanak-kanak yang telah dicuri.

Dia kemudiannya memakaikan baju, stoking dan kasut pada mayat yang dicurinya supaya kelihatan seperti anak patung.

Mayat yang dijadikan seperti patung boneka itu kesemuanya perempuan dan juga telak disolek.

Moskvin juga memasukkan kotak muzik dalam badan mayat itu dan menandakan tarikh lahir pada kanak-kanak berkenaan

Memetik laporan Daily Star, Moskvin yang juga merupakan seorang ahli sejarah mendakwa bahawa perbuatannya itu bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Dia juga enggan memohon maaf atas perbuatannya yang mencuri 29 mayat budak perempuan setelah ditangkap sekitar tahun 2011 yang lalu.

Bimbang mayat kesejukan di dalam tanah, ahli sejarah gali semula dan curi mayat yang ditanam

Ketika disoal siasat, Moskvin sempat memberi pesan dan berkata kepada polis supaya tidak menanam mayat gadis terlalu dalam kerana dia mahu menggalinya semula apabila dia dibebaskan kelak.

Iklan

Sementara itu dia juga memberi alasan bahawa keluarga mangsa tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia dan Moskvin langsung tidak menyesali perbuatannya itu.

Bimbang mayat kesejukan di dalam tanah, ahli sejarah gali semula dan curi mayat yang ditanam

Iklan

“Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit tetapi beranggapan mereka tidak mempunyai keluarga.

“Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.

“Itu bermakna hubungan mereka sudah berakhir dan mereka tiada hak lagi ke atasnya…jadi saya enggan memohon maaf,” katanya.

Dalam pada itu, Moskvin turut memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dari hospital psikiatri untuk menjaga ibunya yang sudah berusia.

Rayuan itu dibuat dengan alasan penyakit skizofrenia dihidapinya sudah pulih.

Kredit : Daily Star