Bina rumah impian dalam pesawat melalui YouTube, lelaki ini sanggup belanjakan wang simpanan lebih RM1.16 juta

A
A
A

IDEA bina rumah dalam pesawat memang stail. Apatah lagi, kalau reka bentuk dalam tak ubah seperti kokpit mewah, memang feeling tidur atas awanlah.

Bayangkan seluruh ruang dalaman milik anda seorang jer. Boleh dikatakan ibarat kapal terbang peribadi dengan dekorasi mengikut cita rasa sendiri.

Lapor Business Insider, taasub dengan jentera udara berkenaan, seorang lelaki sanggup membelanjakan lebih RM1.16 juta wang simpanan untuk membina rumah impian.

Bermula dengan sebidang tanah di lapangan terbang milik persendirian di Brookshire, Texas, Amerika Syarikat, Joe Axline mula mengumpulkan dua badan kapal yang dibeli secara berasingan.

rumah pesawat

Pesawat pertama, DC-9 Spirit Airlines tanpa sayap yang menjadi arca tarikan di pusat membeli-belah terbiar di Florida menjadi jackpot buat Axline.

Mana tidaknya, ruang kokpit pesawat yang terkenal pada tahun 1970-an itu masih terpelihara meskipun sudah terbiar sejak 2011.

rumah pesawat

Selain itu, ia juga dilengkapi gentian optik, kerusi asal, telefon, topeng oksigen dan jaket keselamatan.

Bagaimanapun, Axline terpaksa mengambil masa lebih kurang setahun semata-mata mahu mengeluarkan bangkai pesawat tersebut daripada pasar raya berkenaan.

rumah pesawat

Tidak mahu masa berharga dihabiskan begitu saja, beliau juga membeli sebuah lagi badan kapal terbang, McDonnell Douglas MD-80 sepanjang 18.3 meter pada November 2011.

Cabaran bermula apabila asas keluli perlu dibina untuk mengukuhkan asas untuk rumah.

rumah pesawat

Apa yang membuatkan ramai tabik spring, semua kerja pembinaan hanya dipelajari melalui perkongsian video di YouTube jer. Hebat betul!

Dengan bantuan abangnya seorang jurutera elektrik, ruang kabin dibahagikan kepada bilik tidur utama yang lengkap dengan pancuran mandian.

 

Sebuah lagi bilik tidur yang memuatkan dua katil dibina khas untuk tetamu selain ruang tamu, pejabat dan ruang santai di luar dek.

rumah pesawat

rumah pesawat

rumah pesawat

Satu lagi komponen badan pesawat yang dibina bersebelahan pula dirancang untuk dijadikan sebagai tempat liburan keluarga seperti pawagam mini dan ruang hiburan.

Kerja gila

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana boleh tercetus idea gila tersebut. Bukan sedikit modal yang dilaburkan, kan?

rumah pesawat

Sebenarnya, Axline teruja dengan projek tersebut selepas teringat sebuah rancangan televisyen zaman kanak-kanak ketika tahun 70-an.

Baca juga Satu-satunya di Malaysia, hotel dalam jet peribadi suntik kelainan. Ini fasiliti yang disediakan

Watak yang dimainkan Bill Bixby yang mengembara dengan pesawat dalam The Magician tersebut membuatkan bekas juruterbang itu melakukan sesuatu yang tak dijangka semua orang.

rumah pesawat

Sebelum ini, lelaki tersebut sangat meminati dunia penerbangan dan sepanjang usia remajanya, banyak menghabiskan masa untuk mendapat sijil pengiktirafan sebagai juruterbang rekreasi.

Cerita Axline, beliau terpaksa melepaskan bidang berkenaan demi masa depan yang lebih stabil dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan keluarganya.

rumah pesawat

Bayangkan selepas 23 tahun, jurutera IT tersebut cuba untuk menghidupkan semula memori zaman silam dengan mengubah suai dua pesawat menjadi rumah yang diimpikan.

Baca juga Makan dalam ‘bas terbang’, view Gunung Kinabalu memang terbaik

Apatah lagi, penceraian dengan isteri mendorong Axline untuk memulakan projek kebebasan yang menterjemahkan ‘kebebasan’ beliau.

rumah pesawat

Memang respek apabila empunya diri sanggup habiskan duit simpanan demi menghasilkan rumah yang bukan kaleng-kaleng.

Boleh jadi kesungguhan Axline mendorong anda di luar sana untuk membina kediaman yang diimpikan mengikut bajet.

rumah pesawat

Modal lebih RM1 juta kalau nak bina rumah banglow sekali pun memang puas hati, lagi-lagi dibina di kawasan kampung halaman tercinta. Betul tak?

Jadi, jika ada usaha dan semangat kental, apa yang kalian impikan pasti boleh direalisasikan dengan jayanya.

rumah pesawat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang