KONONNYA berkebolehan menggandakan wang antara helah yang digunakan seorang warga emas sebelum merogol mangsa yang masih bawah umur.

Kejadian yang berlaku di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia baru-baru ini benar-benar menggemparkan penduduk setempat.

Mana tidaknya, suspek yang berusia 69 tahun itu dikatakan mengaku seorang dukun yang memiliki kebolehan yang boleh membuat seseorang menjadi kaya-raya.

Walhal semua itu hanyalah umpan untuk merogol mangsa termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak lebih dua tahun.

rogol

Ya! Bukan sekali tetapi perbuatan terkutuk dibuat berulang kali sebagai alasan untuk melakukan upacara ritual menggandakan wang.

Lapor Kompas, perbuatan lelaki durjana tersebut kantoi selepas aktiviti keji berkenaan berjaya dihidu orang ramai.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek melakukan jenayah rogol bermula pada tahun 2020 ketika mangsa berusia 15 tahun.

Baca juga Hanya perlu gambar dan nama, Ustaz menyamar ‘call’ dukun bongkar servis sihir pemisah

rogol

Pada masa sama, pihak berkuasa percaya bahawa masih terdapat mangsa lain yang terlibat dalam ritual tersebut, namun jumlahnya masih belum dapat dikenal pasti.

DIUGUT

Memetik portal itu lagi, mangsa difahamkan bersama rakan-rakannya datang ke rumah suspek selepas termakan umpan yang kononnya duit boleh digandakan sekelip mata.

Remaja perempuan berkenaan dibawa seorang demi seorang ke dalam bilik untuk upacara tersebut.

Nak dijadikan cerita, antara mangsa rogol dukun durjana tersebut adalah anak angkatnya sendiri!

rogol

Berdasarkan laporan polis, gadis yang berasal dari Kota Sampit, Kalimantan Tengah berkenaan dikatakan diugut dengan kejam.

Jika enggan menurut kehendak seks, lelaki kejam terbabit tidak teragak-agak mahu mencederakan matanya sehingga buta.

Baca juga Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Sejak diancam dengan ugutan berterusan, mangsa dikatakan terpaksa akur melakukan hubungan kelamin termasuk hal-hal tidak senonoh.

rogol

Akibat perbuatan tidak bermoral tersebut, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Nasib baiklah dukun itu berjaya ditangkap pihak berkuasa dan dikenakan tindakan setimpal.

Semoga insiden sebegitu memberi pengajaran buat kita semua termasuklah anak muda supaya tidak mudah terpengaruh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan