DI MALAYSIA atau di negara-negara Nusantara, biasanya jika seseorang menolak lamaran seseorang, mereka akan dibomoh sehingga mati atau menderita seumur hidup.

Baru-baru ini, terdapat kes yang viral di media sosial, namun SinarPlus tidak mahu mengungkit hal-hal yang hanya meremukkan jiwa raga.

Pun demikian, kami ingin berkongsi satu cerita kes yang berlaku di Pakistan.

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal
Walaupun sudah agak lama, tetapi atas dasar peringatan dan iktibar untuk semua, kisah ini dikongsi semula.

Lagipun, kes tersebut baru dibicarakan di mahkamah.

Begini ceritanya, seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Muqaddam, 27, pada asalnya disangka diculik oleh individu tidak dikenali.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Namun, sebaik disiasat, rupa-rupanya wanita itu berdepan tragedi memilukan apabila dirogol dan diseksa sampai mati.

Lebih kejam, kepala Noor Muqaddam dipenggal sampai putus selepas diculik selama dua hari di sebuah rumah di Islamabad pada 20 Julai 2021.

Menurut laporan BBC, wanita itu difahamkan dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya hanya kerana menolak lamaran!

Baca juga Kejamnya, sanggup penggal kepala bapa sendiri dan usung sekeliling kampung

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Tindakan kejam suspek yang tidak dapat menerima hakikat berkenaan menggemparkan negara tersebut.

Lapor BBC lagi, sehari sebelum penemuan mayat wanita tersebut, pihak polis menerima satu panggilan telefon tanpa nama pemanggil yang memaklumkan lokasi kejadian.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Baca juga Kekejaman Ali Kalora, sanggup penggal kepala mangsa termasuk polis dan bakar hidup-hidup

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Zahir Zakir Jaffer yang ditahan sebagai suspek utama kes kejam tersebut, bagaimanapun cuba menafikan tuduhan berkenaan.

Sebaliknya, suspek memaklumkan mangsa sendiri yang secara sukarela datang ke rumah tersebut untuk berpesta dengan dadah yang kononnya dibawa sendiri.

Zahir Zakir kemudiannya memaklumkan kepada polis bahawa Noor Muqaddam turut mengundang beberapa kawannya yang lain untuk berpesta di lokasi sama, namun ditolak atas alasan mahu bertolak ke Amerika Syarikat.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Iklan

Pelbagai alasan diberikannya yang dikatakan berasal daripada keluarga kaya.

Malah, dia dikatakan telah menggunakan ‘kuasa’ untuk menutup kes penculikan dan pembunuhan mangsa.

Pun begitu, semua jenayah Zahir Zakir terbongkar sebaik sahaja rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa cuba untuk melarikan diri dari rumah tersebut termasuk terjun dari tingkat satu.

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Dalam rakaman CCTV itu juga, mangsa gagal untuk melarikan diri selepas ditangkap semula suspek yang kemudiannya menyeksa wanita malang itu sehingga mati.

Zahir Zakir akhirnya mengaku bersalah merogol, menyeksa dan membunuh mangsa kerana sakit hati selepas lamarannya ditolak.

Katanya, dia marah dan membunuh mangsa menggunakan pisau.

Lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman mati, manakala dua pekerja yang bersubahat menyembunyikan kes pembunuhan tersebut dihukum penjara selama 10 tahun.

Iklan

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Kes kejam berkenaan menerima liputan cukup meluas sehingga aktivis hak wanita membangkitkan beberapa kejadian pembunuhan melibatkan wanita.

Antaranya kejadian yang berlaku pada tahun 2016. Seorang mangsa, Khadija Siddique dilaporkan ditikam sebanyak 23 kali oleh bekas kekasihnya selepas wanita tersebut memutuskan hubungan.

Apa yang menyedihkan, mangsa dibunuh di kawasan jalan yang sibuk, bukannya kawasan sunyi dan kejadian itu disaksikan ramai orang.

tolak lamaran wanita pakistan dipenggal

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ternyata, banyak kes membabitkan pembunuhan wanita termasuk mangsa rogol yang terdiri daripada kanak-kanak di negara tersebut yang menjadi agenda perbahasan aktivis hak wanita di sana.

Moga kisah ini memberi iktibar buat semua. #kitajagakita #kitalaluibersama