Buah ceri bentuk hati dijual RM1,195 sebiji, rasa masam manis

A
A
A

 

SANGGUP tak korang membeli sebiji buah ceri berharga RM1,000? Tak percaya?, tetapi ini realiti yang berlaku di Jepun.

Ceritanya bermula apabila wilayah Aomori terletak di kawasan Tōhoku negara itu mengadakan lelongan buah ceri jenis Juno Heart atau diberi nama Aomori HeartBeat yang memiliki keunikan tersendiri.

Selain mempunyai diameter antara 28 milimeter (mm) hingga 31mm buah ceri yang berkilau itu juga memberikan keseimbangan rasa dari segi masam dan manis.

Dimaklumkan, lelongan pertama telah diadakan di Pasar Borong Pusat, Kota Hachinohe yang mana buah ceri Juno Heart mendapat nilai tinggi sebanyak 300,000 yen (RM1,1195.70) untuk sebiji. Wow menakjubkan!

Buah ceri bentuk hati dijual RM1,195 sebiji, rasa masam manis

Menurut laporan Kyodo News, pihak pengeluar buah terbabit akan menjual ceri itu ke seluruh negara untuk pembeli yang memberikan tawaran harga terbaik.

Baca juga: 4 pengawal, 9 ekor anjing dikerah jaga kebun mangga Miyazaki, termahal di dunia

Dijangkakan ia berada di pasaran bermula Julai ini memandangkan sebanyak 600 kilogram ceri Juno Heart akan dituai tahun ini juga kira-kira tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

SUMBER: Twitter

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang