Bukan anak orang kaya, tapi MrBeast buktikan mampu jadi billionaire berkat usaha sendiri. Jumlah kekayaan cecah RM8.35 bilion

No Image Caption
A
A
A

SIAPA tak kenal youtuber terkenal, MrBeast yang popular dengan konten gila-gila sehingga berjaya menarik lebih 685 juta subscribers seluruh dunia.

Terkini, pencipta kandungan dengan nama sebenar Jimmy Donaldson itu secara rasmi menjadi satu-satunya bilionaire muda pada usia di bawah 30 tahun.

Pada umur 27 tahun, MrBeast yang bukannya anak orang kaya tetapi berjaya tersenarai bilionaire ke-8 termuda di dunia.

No Image Caption

Lapor Celebrity Net Worth, dianggarkan jumlah kekayaan yang terkumpul ialah sebanyak RM8.35 bilion. Wow! Bukan kaleng-kaleng.

Boleh dikatakan pendapatannya datang daripada gabungan hasil iklan, penajaan dan jualan merchandise. Perincian seperti berikut:

No Image Caption

Gabungan semua sumber itu menyumbang $5.4 juta pada bulan Mac saja iaitu lebih kurang $174,000 sehari!

No Image Caption

Pada tahun 2023, Majalah TIME pernah senaraikan lelaki tersebut sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Tak cukup dengan itu, beliau juga tersenarai top carta Forbes sebagai pencipta YouTube dengan pendapatan tertinggi 2024 dengan nilai kekayaan mencecah $1 bilion.

No Image Caption

Lebih menarik, MrBeast ini jenis labur balik hampir semua duit yang beliau dapat daripada video untuk buat konten baharu.

Pada November 2022, dirinya juga aktif mencari pelabur dan nilai syarikatnya waktu itu sekitar $1.5 bilion.

No Image Caption

Nak dipendekkan cerita, perniagaan MrBeast Burgers saja sudah mencatat keuntungan $223 juta pendapatan tahun 2023 dan dijangka capai $700 juta pada 2024.

Maklumat kewangan tersebut mengesahkan MrBeast menjadi billionaire pada Jun 2024 iaitu ketika umur baru 26 tahun.

No Image Caption

Asal usul MrBeast

Perkongsian profile serba ringkas, MrBeast yang berasal dari Greenville, North Carolina itu mula berjinak-jinak dengan YouTube ketika usianya hanya 12 tahun.

Ketika itu, beliau menggunakan nama MrBeast6000 dan aktif membuat konten selepas nekad berhenti belajar di sebuah kolej.

No Image Caption

Kalau diikutkan pada awal pembabitan dengan YouTube, kebanyakan video yang dikongsikan lebih kepada komen permainan video, video reaksi dan kompilasi kelakar jer.

Namun selepas satu video bertajuk Counting to 100,000 yang ambil masa 44 jam untuk siap menjadi viral pada tahun 2017, pemuda genius itu mula dikenali ramai.

No Image Caption

Malah, paling tak disangka-sangka, konten tersebut ditonton sebanyak lebih 21 juta kali.

Lepas itu, MrBeast terus konsisten dengan hasil karya tak masuk akal termasuk cabaran pelik seperti menonton satu video muzik ulang-ulang selama 10 jam!

No Image Caption

Cabaran lumayan

Namanya semakin lama semakin meletup bila mula menggabungkan cabaran luar biasa dengan hadiah lumayan hingga cecah berjuta-juta dolar.

Pada mulanya, hanya beri hadiah duit $1,000 (RM4,249.50) secara random kepada orang sebelum naik level hingga jutaan ringgit.

No Image Caption

Paling tak lupa, cabaran letak tangan di atas longgokan tunai $1 juta (RM4.25 juta) yang mana siapa paling lama bertahan, dialah pemenang.

Percayalah dari segi strategi, MrBeast bukanlah sekadar YouTuber semata-mata tapi seorang usahawan yang bijak.

No Image Caption

Semua channel YouTube termasuk MrBeast, MrBeast Gaming, Beast Reacts dan MrBeast Philanthropy dah kumpul lebih 415 juta subscribers.

Channel utama dia jer dah ada 270 juta langganan, sekali gus menjadikan MrBeast pemilik channel YouTube paling ramai subscribers di dunia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang