“Moga jadi asbab dapat anak soleh dan solehah”. Kongsi content 30 hari 30 sunnah, pempengaruh Imran Aqil raih pujian

MASUK sahaja bulan Ramadan pasti ramai yang mahu kongsikan kebaikan kepada masyarakat. Termasuklah dari segi pengisian di media sosial.
Ada selebriti yang berehat dari aktiviti hiburan sepanjang bulan yang mulia ini, tidak kurang yang melibatkan diri dengan aktiviti ibadah.
Jika pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming popular dengan video 30 hari 30 resepi yang sentiasa dinantikan oleh peminatnya, lain pula ceritanya dengan Imran Aqil.
Melalui akaun TikTok nya imjeebster, sepanjang bulan yang mulia ini, beliau mahu kongsikan 30 hari 30 sunnah.
Pertama kali membuat pengisian tersebut, nyata usaha murni anak muda berkenaan mendapat sokongan penuh dan pujian dari netizen.
Walaupun bukanlah seorang ustaz, tetapi setiap ilmu yang disampaikan adalah berdasarkan kajian dan juga hadis yang sahih.
Baru empat hari berpuasa, Imran sudah kongsikan empat sunnah yang mudah dan ringkas untuk difahami oleh peminatnya.
Antaranya tentang sunnah melewatkan waktu sahur, sunnah menggunakan tiga jari sewaktu makan, sunnah tidak meniup minuman atau makanan dan juga sunnah bersiwak.

Suami kepada Dahlia Rizal itu yang sedang bahagia meniti masa bergelar ayah, dilihat seronok dengan penyampaian yang dibuat kepada umum.
Videonya yang mendapat perhatian ratusan ribu penonton, menandakan apa yang dilakukan itu amat disukai oleh peminatnya.
Antara komen netizen:
“Best content macam ni, ramadan je asyik resipi masak, masak dan masak”
“Suka bang content macam ni”
“Keep consistent Imran! Semoga menjadi asbab dapat anak yang soleh dan solehah”
“Suka la ramai yg buat 30 hari 30 tadabur la, 30 hari 30 sunnah, 30 hari 30 doa. Well done influencer yang promote perkara baik macam ni”
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang