PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat dari Bengaluru, India cuba melarikan diri selepas dipercayai membunuh anak lelakinya yang berusia empat tahun di Hotel Sol Banyan Grande Candolim, Goa Utara.

Kredit foto: Freepik

Mayat kanak-kanak itu disumbat di dalam beg untuk dibawa bersama ke Karnataka.

Motif suspek dikenali sebagai Suchana Seth, 39, itu bertindak melakukan pembunuhan masih belum ditemui penyiasat.

Bagaimanapun, perbuatan Suchana tersebut terbongkar apabila seorang kakitangan pengemasan rumah menemui kesan darah ketika membersihkan apartment berkenaan selepas mendaftar keluar pada pagi Isnin.

Berdasarkan maklumat daripada Polis Goa, dia ditahan di balai polis Aimangala di daerah Chitradurga Karnataka.

Baca juga:Jadi pembunuh bersiri demi bolot harta, Profesor’ ini sanggup racun suami, keluarga mertua

Sepasukan polis dari Calangute kini dalam perjalanan ke lokasi tersebut untuk menahan Suchana dan membawanya ke Goa dalam reman.

Inspektor Paresh Naik dari balai polis Calangute berkata, wanita berkenaan menginap di bilik 404 di hotel itu pada hari Sabtu.

Baca juga:Tragis! Gadis bunuh bayi, simpan dalam termos nasi. Tergamak demi tutup rahsia

Baca juga:Sakit hati kerana kata-kata, dua beradik nekad bunuh wanita hamil 8 bulan

“Kakitangan hotel memberitahu polis bahawa suspek meminta teksi untuk pulang ke Bengaluru, tetapi dinasihatkan untuk menaiki penerbangan balik kerana lebih murah dan mudah.

“Namun dia berkeras untuk pulang melalui jalan raya dan pihak hotel mengaturkan teksi tempatan,” ujarnya.

SP Nidhin Valsan Goa Utara berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kesan darah itu sekitar jam 11 pagi, sepasukan polis tiba di hotel dan melihat rakaman CCTV, yang kononnya mendakwa Suchana meninggalkan hotel itu tanpa anaknya.

Mengulas lanjut, Inspektor Naik berkata, dia menghubungi pemandu teksi dan meminta untuk memberikan nombor telefon pihak polis kepada Suchana.

Iklan

“Ketika disoal siasat mengenai anaknya, suspek mendakwa telah meninggalkannya di rumah rakan di Fatorda.

“Diminta memberikan alamat rakannya itu, dia menghantar butiran yang didapati palsu,” katanya.

Naik kemudian menghubungi pemandu teksi itu sekali lagi, dengan menggunakan bahasa Konkani dan menyuruhnya pergi ke balai polis berhampiran tanpa penumpang mengesyaki apa-apa.

;

Dia memandu terus ke balai polis Aimangala tanpa Suchana mengetahui rancangan tersebut.

Iklan

Ketika sampai, seorang pegawai membuat pemeriksaan kereta dan menemui mayat kanak-kanak tersebut dalam sebuah beg.

Sumber: The Times of India

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang