SEORANG doktor gigi dihukum penjara 20 tahun susulan tindakannya mencabut gigi pesakit sambil berdiri di atas ‘hoverboard’.

Memetik laporan CNN, Seth Lookhart, 35, turut disabitkan atas 46 tuduhan pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.

Hukuman itu dikeluarkan oleh Jabatan Undang-Undang Alaska.

Cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor berdepan hukuman penjara 20 tahun

Hakim Mahkamah Tinggi Anchorage, Michael Wolverton menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan penangguhan selama lapan tahun ke atas Lookhart pada Isnin lalu.

Iklan

Ini bermakna Lookhart akan dipenjarakan selama 12 tahun dan dia juga tidak dibenarkan mengamalkan karier sebagai doktor gigi selama 10 tahun.

“Saya fikir tindakan kamu sangat keterlaluan, narsisistik dan gila.

“Saya memaafkan kamu tetapi jelas perlu ada pengajaran yang berkesan supaya kamu boleh teladani,” kata Wolverton.

Terdahulu, Lookhart meminta maaf atas tindakannya ketika membaca kertas pertuduhan.

Iklan

“Tidak meragukan bahawa saya dapat memberi rawatan dan meringankan kesakitan pesakit yang memerlukan.

“Saya juga tahu saya seharusnya mengekalkan disiplin serta fokus ketika melayani pesakit yang saya sayangi,” katanya yang mengaku telah berubah dan merayu mahkamah mempertimbangkan kembali keputusan tersebut.

Sumber : CNN