Catat rekod dunia berlari sambil sorong 5 anak kembar! Usaha lelaki ini buat ramai kagum

dad-quintuplets-GWR-collage_tcm25-622299 (1)
dad-quintuplets-GWR-collage_tcm25-622299 (1)
A
A
A

BAGI seorang pelari maraton, badan yang fit dan stamina yang tinggi amat diperlukan untuk berlari berpuluh-puluh kilometer (km).

Namun, apa yang dilakukan oleh seorang lelaki, Chad Kempel memang di luar kotak.

Baca juga Lelaki Poland sanggup berendam tiga jam dalam ais untuk pecah rekod dunia

Masakan tidak, pelari dari California, Amerika Syarikat itu berjaya menamatkan perlumbaan separa maraton di Oakland dalam masa dua jam 19 minit sambil menolak lima orang anak kembarnya yang berusia empat tahun menggunakan kereta sorong!

Ya, cerita berkenaan memang benar dan bukan sengaja SinarPlus ada-adakan.

Merujuk laporan Bolnews, kemenangan itu membawa makna kepada Kempel apabila mencatatkan rekod dalam Guinness World of Record (GWR).

Cerita lelaki berkenaan, ketika berlari, beliau mendapat motivasi daripada anak-anak yang menyuruhnya berlari lebih cepat.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

“Saya berpeluh dengan sangat banyak, malah ketika itu saya tidak pasti sama ada saya boleh pergi lebih jauh atau tidak.

“Saya terlupa betapa beratnya mereka terutamanya apabila mendaki bukit, walaupun laluan maraton sebenarnya tidak terlalu berbukit. Pun begitu, saya bersungguh-sungguh untuk bertahan," ujarnya.

Berita Kempel, beliau merupakan individu pertama yang melakukan cabaran seumpama itu untuk mencipta rekod dunia.

Justeru, pihak GWR memberikan had masa iaitu selama dua jam 30 minit.

Berdasarkan rekod, bapa bersemangat waja tersebut berjaya berlari sejauh 21.1km dalam masa dua jam 19 minit.

Kempel sebelum itu pernah mencipta GWR dengan menolak lima orang anaknya melalui perlumbaan 10km maraton penuh.

Baca juga Lelaki Australia catat rekod dunia bina menara M&M tertinggi di dunia

"Pada mulanya, saya berfikir perlumbaan untuk mencipta rekod dunia telah berakhir, tetapi saya masih merancang bagi menyertai lebih banyak perlumbaan pada masa hadapan dan berharap anak-anak saya akan turut serta," katanya.

Berdasarkan komen dalam Facebook, nampaknya ramai sungguh kagum dengan kegigihan lelaki itu.

"Usaha pelari ini yang sanggup menyorong lima anak mereka sungguh comel. Pasti anak-anak mereka akan ingat kenangan indah ini."

Demikian salah satu komen yang ditulis oleh seorang pelayar Bolnews dan sebenarnya ribuan rakyat Uncle Sam yang teruja dengan semangat yang ditonjolkan Kempel.

Apa-apa pun, memang SinarPlus tabik dengan semangat juang Kempel ni!

Bukan senang nak catat rekod dunia dalam perlumbaan sebegitu.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang