KALAU setakat satu atau dua pasangan beradik kembar mungkin satu hal biasa kita dengar, tetapi bagaimana pula jika 17 pasangan? Muka lebih kurang sama pula tu.

Tak pasti ia kebetulan atau sudah ditentukan, seramai 17 pasangan adik-beradik kembar mendaftarkan diri untuk sesi persekolahan.

Lapor Sky News, sebuah sekolah di Inverclyde, Scotland mencatatkan rekod luar biasa apabila menerima 34 murid unik berkenaan.

Jika melihat rekod sekolah, jumlah pendaftaran di Sekolah Rendah St Patrick tersebut adalah kedua paling ramai selepas tahun 2015.

Pada tahun berkenaan, direkodkan seramai ’19 set kembar’ yang didaftarkan untuk sesi sekolah rendah.

kembar

Pihak berkuasa tempatan Scotland, Twinverclyde dilaporkan bekerja keras untuk menguruskan kemasukan semua si comel itu pada minggu ini.

Apa yang lebih menarik, pasangan kembar berkenaan dipanggil ke sekolah untuk sesi orientasi dan latihan pakaian rasmi.

Pelbagai aksi lucu dan menghiburkan apabila mereka diminta berkumpul beramai-ramai di atas tangga untuk sesi photoshoot.

kembar

Jenuhlah abang jurufoto nak handle mereka satu persatu, namun lucunya semuanya nampak behave.

Baca juga Sudah ada 7 anak, suami isteri ini teruja timang bayi kembar lima. Kisah paling rare!

Meskipun hanya 15 pasangan kembar jer yang datang untuk sesi tersebut, namun nampak meriah penuh satu kelas.

 

PURATA 13 KEMBAR

Menurut portal itu lagi, pihak St Patrick bersama sebuah lagi sekolah, Ardgowan Primary tersenarai sebagai institusi pendidikan peringkat rendah yang menerima jumlah murid kembar paling ramai.

Iklan

kembar

Boleh dikatakan setiap tahun, purata 13 pasangan didaftarkan ke sekolah berkenaan sejak tahun 2013.

Baca juga 1 dalam 50 juta, wanita dua rahim lahirkan bayi kembar ‘ajaib’, setiap seorang diami satu rahim ibu

Kemasukan kelas pada tahun ini menjadikan jumlah murid kembar di Inverclyde meningkat kepada 147 pasangan kembar.

kembar

Iklan

Bukan setakat pihak pengurusan, cikgu kelas mesti confius bila berdepan anak murid yang saling mirip.

Risau tersalah panggil nama jer nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang