DAHSYATNYA penangan Covid-19! Dalam sekelip mata sahaja ia berjaya mengubah wajah kehidupan masyarakat seluruh dunia. Ia juga adalah musibah yang tidak mengenal siapa sahaja mampu menjadi mangsanya.

Tiada lagi kisah perang dan penindasan dihebohkan oleh mana-mana media, sebaliknya dunia kini sedang bergelut dengan cabaran keupayaan manusia membendungnya.

Sama ada orang kebanyakan mahupun golongan bangsawan, siapa sahaja tidak mampu untuk mengelak daripada dijangkiti wabak pembunuh tersebut termasuk juga bekas juara dunia MotoGP, Fausto Gresini yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 baru-baru ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Gresini pada mulanya telah diuji positif Covid-19 pada malam Krismas tahun lalu dan bergelut dengan virus yang membawa maut itu sehingga beliau terpaksa dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital dekat Bologna.

“Berita yang kami tidak mahu berikan dan malangnya kami terpaksa berkongsi dengan anda semua.

“Selepas hampir dua bulan bertarung menentang Covid, Fausto Gresini akhirnya meninggal dunia, beberapa hari selepas menginjak usia 60 tahun,” menurut kenyataan pasukan Gresini Racing di laman sosial baru-baru ini.

Gresini, dilahirkan di Imola, Itali, memulakan karier dalam arena perlumbaan pada usia 17 tahun dan pada 1983 dia menyertai pasukan MBA.

Covid-19 bunuh bekas juara dunia MotoGP!

Kemuncak kerjayanya hadir pada 1958 apabila dia memenangi kejohanan dunia buat pertama kali bersama Garelli dalam kelas 125cc.

Iklan

Pencapaian keduanya disusuli dua tahun kemudian sebelum menyertai pasukan Honda bagi mengembangkan karier perlumbaannya.

Gresini berlumba 132 times dengan 21 kemenangan, 15 kali di tempat kedua dan 11 di tempat ketiga.

Iklan

Beliau juga memegang rekod kejuaraan terbanyak semusim dalam kelas 125cc dengan 10 kemenangan.

Gresini beralih kepada pengurusan pasukan pada 1997 bersama pasukannya yang menang tiga kejuaraan bersama Daijiro Kato pada 1997, Toni Elias pada 2010 dan Jorge Martin pada 2018.