PANDEMIK Covid-19 yang pada awalnya dikesan di daerah Wuhan, China kini telah menular ke serata dunia.

Tidak keterlaluan rasanya ia  dianggap sebagai satu musibah dahsyat yang pernah dialami dalam sejarah moden dunia.

Nampaknya impak wabak itu tidak hanya dalam bidang kesihatan tetapi termasuk ekonomi serta politik antarabangsa.

Ekonomi dunia jadi tunggang terbalik disebabkan langkah penguncian, perintah kawalan pergerakan (PKP) atau darurat yang diambil oleh negara terbabit sebagai langkah mengekang penularan virus maut itu.

Tak kurang juga ramai yang telah kehilangan punca pendapatan dan pekerjaan. Ini secara langsung telah menjejaskan kehidupan seharian.

Baru-baru ini, seorang pelakon Televisyen (TV) India, Akshat Utkarsh, 26, ditemukan mati di kediamannya apartmen Andheri, Mumbai dipercayai sesak nafas yang menghalang saluran pernafasan secara mengejut.

Kejadian disedari teman wanitanya Sneha Chavan yang tinggal bersama dengan aktor itu kira-kira jam 11.30 malam pada 27 September lalu, ketika hendak ke bilik air.

Polis Amboli, India dalam satu kenyataan rasminya berkata, siasatan awal mendapati mangsa (Utkarsh) dikatakan mengalami ‘depresi’ (kemurungan) sejak pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) pada 24 Mac 2020 lalu akibat penularan wabak Covid-19 di India.

Mendiang dikatakan kehilangan pekerjaan (bidang lakonan) pada Mei 2020 sehingga menjejaskan pendapatan sara hidup dan juga didakwa mengalami masalah kewangan.

Memetik laporan Mumbaimirror, bapa Utkarsh menafikan kematian anaknya itu bukan berpunca daripada masalah kewangan kerana beliau turut mengirim wang kepadanya apabila diperlukan.

Menurutnya, Utkars juga sempat menghubunginya dan bercakap melalui telefon pada jam 9 malam pada hari kejadian.

Iklan

Namun, teman wanita Uytkarsh yang dikenali sebagai Chavan turut mengakui kepada pihak polis ketika disoal siasat bahawa Utkarsh kelihatan agak muram dan tidak ceria.

Mereka sempat berbual-bual sebelum beredar masuk ke bilik tidur masing-masing pada jam 11 malam waktu tempatan.

Namun, ketika pihak polis sampai di lokasi kejadian tiada sebarang nota ditinggalkan oleh si mati dan menolak ada sebarang motif ‘pembunuhan’ yang boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak.

Iklan

Polis juga mengklasifikasikan kes kematian pelakon tersebut sebagai mati mengejut dan pihak hospital turut mengesahkan kematiannya akibat sesak nafas.

Dalam perkembangan lain, pihak keluarga Utkarsh mendakwa pihak polis tidak melakukan siasatan yang lengkap dan dianggap cuai. Mereka percaya kematian aktor itu ada unsur-unsur pembunuhan.

Mayat Utkarsh dibawa pulang ke kampung halamannya di Muzaffarfur, Bihar sebagai memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan dengan upacara keagamaan.

Sumber rujukan : mumbaimirror, kitareporters