Covid-19: Kuarantin sambil main golf, idea kreatif Thailand tarik pelancong

A
A
A

KREATIF! Dalam usaha meningkatkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat Covid-19, Thailand kini menawarkan pengalaman kuarantin yang unik.

Tawaran unik tersebut terbuka kepada pelancong asing yang memasuki negara Thailand, apabila mereka kini boleh memilih untuk menjalani tempoh kuarantin 14 hari di resort-resort golf terpilil.

Kerajaan Thailand juga telah meluluskan enam resort golf sebagai pusat kuarantin, termasuk tiga di Kanchanaburi manakala selebihnya di Nakhon Nayok, Phetchaburi dan Chiang Mai.

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan dalam satu kenyataan, pelancong asing yang menjalani kuarantin di resort golf tersebut juga akan dibenarkan untuk bermain golf dan bergerak dengan bebas, berbanding hanya duduk di bilik mereka ketika tempoh dua minggu kuarantin mandatori tersebut.

Covid-19: Kuarantin sambil main golf, idea kreatif Thailand tarik pelancongWow! Menarik tawaran jika diberikan kepada ‘kaki’ golf. Betul tak? Tambahan pula Thailand kekal sebagai syurga pemain golf walaupun ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia.

“Dengan jumlah pemain yang kurang, kini lebih mudah untuk membuat tempahan masa bermain dan rentak permainan yang lebih cepat daripada biasa serta kurangnya kerosakan akibat kurang penggunaan sejak tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pelancong asing yang memilih untuk mengambil pakej kuarantin golf itu juga perlu sediakan beberapa dokumen sokongan penting seperti :

  • Visa, sama ada Visa Pelancongan Sekali Masuk atau Visa Pelancongan Khas.
  • Insurans perjalanan
  • Insurans perubatan.
  • Sijil kemasukan.

Tambah TAT, padang golf di Thailand juga mengekalkan nilai terbaik dan juga tawaran pakej khas kuarantin dengan diskaun yuran padang serta kemudahan khas lain.

Namun, usaha yang dilakukan oleh Thailand ini bukanlah satu perkara yang asing bagi mereka.

Tahun lalu, Thailand juga telah menawarkan Visa Pelancongan Khas untuk pelancong asing jangka panjang, bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan seperti diharapkan oleh pengunjung.

Pada 2019, Thailand berjaya menarik kira-kira 40 juta pelancong yang membelanjakan 1.91 trillion baht.

Bagi tahun 2020 dari Januari ke November, jumlah pelancong asing hanya 6.7 juta, menurun 81 peratus berbanding 2019 dengan 6.69 juta daripada jumlah itu tiba pada suku pertama tahun itu, sebelum sekatan perjalanan dikenakan pada April.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang