Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 303 juta followers Instagram

A
A
A

NAMPAKNYA kegemilangan Cristiano Ronaldo bukan sahaja dalam dunia sukan bola sepak, malah turut memiliki pengaruh kuat di media sosial.

Pada Jumaat lalu misalnya, Ronaldo mencatat sejarah baharu di media sosial Instagram apabila direkodkan manusia pertama mempunyai pengikut paling ramai seramai 303 juta orang .

Mengambil kiraan populasi dunia seramai 7.9 bilion, angka pengikut Ronaldo adalah melebihi tiga peratus daripada keseluruhan penduduk di dunia. Wow!

Bintang bola sepak kelahiran Portugal itu sebaris dengan artis ternama dan jauh di hadapan meninggalkan rakan atlet yang lain.

Baca juga [VIDEO] Wow! Warganet Kagum Ronaldo Tolak Coke, Pilih Air Mineral. Tegas Jaga Kesihatan

Berikut ialah senarai 10 akaun Instagram yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia.

1) Cristiano Ronaldo: 303 juta

2) The Rock: 247 juta

3) Ariana Grande: 245 juta

4) Kylie Jenner: 242 juta

5) Selena Gomez: 238 juta

6) Kim Kardashian: 230 juta

7) Leo Messi: 220 juta

8) Beyonce: 187 juta

9) Justin Bieber: 179 juta

10) Kendall Jenner: 170 juta

Rekod tersebut juga disifatkan betapa besarnya pengaruh Ronaldo dalam kehidupan masyakat melibatkan pelbagai aspek.

Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, Kini Pogba Alihkan Minuman Keras Penaja Euro 2020

Salah satunya tindakan beliau mengalihkan dua botol Coke telah mengakibatkan nilai pasaran jenama minuman itu mengalami kerugian sebanyak AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Keunggulan legenda bola sepak di padang juga tidak dinafikan. Beliau menyimpan rekod gol terbanyak dijaringkan di Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) iaitu sebanyak 128 kali.

Selain itu, Ronaldo turut mencatatkan hatrik terbanyak dalam sejarah bola sepak sebanyak 56 kali dan hatrik paling banyak dalam Liga Juara-Juara UEFA sebanyak lapan kali.

Pada masa sama, mencatatkan jaringan gol paling banyak di peringkat antarabangsa sebanyak 99 kali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang