Curi kiriman wang RM12.6juta, pasangan kekasih didakwa di mahkamah

A
A
A

SEORANG wanita bersama kekasihnya dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencuri kiriman wang bernilai AS$3juta (RM12.6juta).

Jaleesa Wallace, 30, yang bekerja di sebuah pejabat post di Crown Heigts, New York, Amerika Syarikat dan teman lelakinya Willie Cook, 34, ditahan selepas polis menjumpai 300 kiriman wang di kediaman mereka.

Cook bagaimanapun menafikan dirinya bekerjasama dengan Wallace dengan mengatakan dia hanya memegang kiriman pos tersebut atas arahan kekasihnya itu.

Pihak pendakwa raya juga mendapati Wallace menjual kiriman wang yang dicuri kepada pelanggan menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

"Cook mengatakan kadang-kala dia akan memandu kereta bersama Wallace untuk menghantar kiriman wang kepada pelanggan yang mereka ditemui di aplikasi tersebut.

"Dia juga pernah menyiarkan foto di Telegram dengan kiriman wang yang dicuri bersama dengan kapsyen, mari makan," kata pendakwa raya.

Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya AS$1.2juta (RM5juta) telah ditunaikan oleh pasangan terbabit.

Sementara itu, adik Wallace yang tidak mahu didedahkan identitinya enggan mengulas lanjut mengenai tindakan wanita itu dan mengatakan;"Itu kakak saya, tapi ini bukan urusan saya".

Jiran pasangan itu juga tidak mempercayai perbuatan mereka kerana kedua-dua disifatkan sebagai pendiam dan kurang bergaul dengan penduduk setempat.

"Saya terkejut melihat ada dua kereta polis di depan rumah Wallace. Ini benar-benar gila! Bagaimana ada orang sebegitu boleh tinggal di kawasan perumahan ini," katanya.

Rahsia pasangan tersebut terbongkar selepas pengurus pejabat pos membuat laporan polis setelah 10,000 pesanan wang pos kosong tidak didaftarkan ke dalam sistem sejak 13 Februari lalu.

Kes Wallace dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang