Denda gali kubur mangsa Covid-19 jika ingkar pakai pelitup muka

A
A
A

PELIK tapi benar! Jika kebanyakan negara kebiasaannya mengenakan kompaun atau denda terhadap mereka yang ingkar dan tidak memakai pelitup muka bagi sepanjang kemelut Covid-19, lain pula apa yang dilaporkan terjadi di Indonesia.

Pesalah di republik itu yang ditangkap kerana tidak memakai pelitup muka kini dipaksa menggali kubur bagi jenazah Covid-19 sebagai hukuman alternatif.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pelaksanaan hukuman yang unik itu bagi memberi kesedaran kepada rakyat agar mengendahkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam memutuskan rantaian virus itu.

Setiap pesalah yang ditahan diberi pilihan untuk didenda 150,000 rupiah (RM10) atau hukuman sosial dengan menggali kubur untuk jenazah pesakit Covid-19.

Setakat hari ini, tiga lelaki dan lima remaja telah dikenakan hukuman terbabit di Wilayah Gresik, Jawa Timur pada 9 September lalu.

Denda gali kubur mangsa Covid-19 jika ingkar pakai pelitup muka

Ketika kerajaan republik itu mewajibkan pemakaian pelitup muka, masih ada rakyat yang tidak mengendahkan arahan berkenaan.

Ternyata situasi tersebut pastinya dikhuatiri mampu menjadi asbab yang membawa kepada peningkatan kes positif di negara tersebut.

Bagaimanapun, sejak Julai lalu, Indonesia mengetatkan penguatkuasaan dengan menubuhkan pasukan khas memantau pemakaian pelitup muka melibatkan Tentera Nasional Indonesia, Polis Republik Indonesia dan beberapa lagi agensi kerajaan.

Ini bukan hukuman pertama yang luar biasa di negara ini kerana kesalahan berkaitan Covid-19 kerana pihak berkuasa Indonesia telah menjatuhkan sejumlah hukuman yang pelik kepada mereka yang gagal memakai topeng muka di khalayak ramai.

Ia merupakan hukuman unik kedua yang dikuatkuasakan di negara itu selepas Jakarta sebelum ini memaksa mereka yang ditahan untuk duduk di dalam keranda di khalayak awam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang