Dianggap wira, lelaki Turki tanam lebih 30 juta pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

A
A
A

SUASANA menghijau tentunya mendamaikan. Namun jika tidak diceritakan, pasti tiada siapa menyangka kawasan hutan di utara Turki adalah dahulunya tandus.

Dari tanah yang kering dan kosong tanpa tanaman, bekas pengurus perhutanan, Hikmet Kaya berusaha menghijaukannya dengan penanaman pokok.

Baca juga: Usaha untuk Qatar 'hijau', 3,600 pokok dari Malaysia dibawa masuk

Difahamkan, dengan kerjasama rakyat setempat, Kaya mengambil inisiatif itu sejak tahun 1978.

Dia telah membuktikan niat baik, usaha konsisten dan kerja keras membuahkan kejayaan yang manis.

Sepanjang 25 tahun, lelaki itu berjaya menanam kira-kira 30 juta anak pokok dengan bantuan penduduk tempatan.

Baca juga: Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Kaya yang memulakan kerjayanya di daerah Boyabat di wilayah Sinop pada 1978 di bawah Jabatan Pengurusan Hutan Turki menghabiskan sebahagian besar masanya mengusahakan penanamanpokok di kawasan tandus di daerah itu.

Lama selepas persaraannya, pokok-pokok ini terus berkembang dan hari ini, tanah tandus itu telah berubah.

Sepanjang puluhan tahun menjalankan usaha penanaman hutan, Kaya tidak pernah berhenti bekerja.

Selepas 41 tahun memulakan projek penanaman semula di tanah tandus, dia kembali untuk melihatnya. Kawasan itu ternyata subur dan menghijau.

Perbezaan menyerlah dapat dilihat menerusi foto landskap yang dikongsikan.

Baca juga: Pokok Durian Gergasi 62 Tahun Di Taiping, Tarik Perhatian Netizen

Kaya mengakui dia sangat gembira dengan hasilnya.

Dia turut menzahirkan rasa sangat gembira apabila kawasan itu menjadi hutan yang subur.

"Transformasi tanah tersebut menjadi hutan menjadi kebanggaan terbesar saya," katanya.

Mentakrifkan hutan sebagai masa depan negara, Kaya menyeru orang ramai untuk melindungi hutan di seluruh Turki.

Baca juga: Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Yeni Safak, Modern Met

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang