Tujuh kali langgar perintah kuarantin, lelaki Taiwan didenda RM143,418
DEGIL. Gara-gara melanggar perintah kuarantin seorang lelaki Taiwan dikenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM143,418) kerana beberapa kali didapati keluar rumah.
Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama, tetapi sudah tujuh kali dilakukan lelaki terbabit tanpa memikirkan impak kesihatan terhadap jiran dan masyarakat setempat.
Memetik asiaone.com, Biro Kesihatan Kerajaan Taichung memaklumkan, lelaki berkenaan dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari China baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia dikatakan keluar rumah dengan alasan untuk membeli barang dan membaiki kenderaan. Biarpun jiran sekeliling sudah beberapa kali menegur, namun teguran itu sedikitpun tidak diendahkan.
Sementara itu, Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen kesal dan mengkritik perbuatan lelaki tersebut yang disifatkan membahayakan kesihatan keluarga dan jiran.
Justeru, pihak kerajaan mengenakan denda sebanyak NT$1 juta (RM6.9 juta).
Dalam perkembangan berlainan, berikutan kes jangkitan Covid-19 semakin kritikal, semua hospital di Taichung melarang kehadiran pelawat.
Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya penularan virus tersebut.
"Justeru, mereka (pelawat) yang ingin melawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau wad di hospital perlu mendapatkan persetujuan doktor.
"Pada masa sama, hanya satu pelawat dibenarkan bagi setiap pesakit," jelas jurucukap Biro Kesihatan Kerajaan Taichung.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang