HASRAT tiga lelaki memancing di sebuah tasik akhirnya bertukar menjadi tragedi ngeri.

Ini kerana seorang daripadanya dilaporkan maut setelah diserang sekumpulan piranha, penghuni tasik berkenaan.

Kejadian berlaku di Minas Gerais, Brazil baru-baru ini.

Lelaki yang berusia 30 tahun tersebut dibaham piranha selepas terpaksa terjun ke dalam tasik untuk selamatkan diri daripada diserang lebah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada awalnya, difahamkan mangsa bersama dua lagi rakan menjadi sasaran haiwan berbisa itu menyebabkan mereka melarikan diri.

Tanpa mengetahui tasik berkenaan dihuni piranha, situasi menjadi semakin cemas apabila salah seorang daripada mereka iaitu mangsa gagal berenang dan akhirnya tenggelam sebelum diratah oleh haiwan ganas itu.

Oleh demikian, sepasukan pakar selam dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari tubuh mangsa namun mayatnya berjaya ditemui pada hari keesokannya kira-kira 13 kaki dalam dari pinggir tasik terbabit.

Menurut penyelamat tersebut, terdapat beberapa kesan luka yang teruk di bahagian tubuh mangsa seperti di muka, telinga dan beberapa anggota badan lain.

Namun menurut laporan, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa lemas terlebih dahulu sebelum diserang piranha atau piranha itu yang menyerangnya dulu sebelum gagal untuk berenang menyelamatkan diri seperti dua rakannya.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa telah dibenarkan untuk mengebumikan mayatnya selepas pihak berkuasa mengesahkan punca kematiannya tiada unsur jenayah dan disebabkan kemalangan tragis.

Tasik-Kenyir

Sementara itu, ini 10 fakta mengenai piranha yang menyeramkan;

Iklan

1. Semua ikan piranha hidup di sungai air tawar tropika, tasik dan laguna utara Amerika Selatan.

2. Terdapat antara 30-60 spesis piranha.

Iklan

3. Gigi ikan piranha berbentuk segi tiga dan sangat tajam mengalahkan gigi ikan jerung.

4. Tiga spesis piranha yang berbahaya kepada manusia iaitu piranha hitam, piranha perut merah (13inci-3paun) dan Sao Francisco Piranha (terbesar pada 24 inci dan 13 paun).

5. Piranha menggigit jari, jari kaki dan bahagian kaki serta punggung pada manusia.

6. Piranha hidup 10 hingga 25 tahun.

7. Shoals (kumpulan) sehingga 1000 piranha kekal bersama untuk bertahan tidak semestinya untuk memburu.

Baca juga [VIDEO] Seram, badan lelaki ditolak, kaki ditarik diseret, rakaman CCTV gimnasium dedah pergerakan aneh

8. Kebanyakan piranha adalah omnivora yang makan daging, bijian dan buah-buahan.

9. Pemangsa termasuk buaya kecil, memerang sungai, ikan besar dan burung-burung besar.

10. Apabila piranha menyerang haiwan besar, ia makan daging dan otot dalam beberapa saat dan hanya meninggalkan tulang kerangka.

Sumber: Mirror, Umpan