Dinobatkan anjing paling hodoh di dunia, ini kisah unik Wild Thang menang lebih RM23,000

A
A
A

BERTUAH betul! Seekor anjing dari Amerika Syarikat dinobatkan sebagai haiwan paling hodoh di dunia dalam satu pertandingan tahunan baru-baru ini.

Lapor Sky News, Wild Thang berusia lapan tahun itu berjaya menarik perhatian ramai selepas mengalahkan pesaing dari serata dunia.

Baka jenis Pekingese itu bergelar juara sempena Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia 2024 yang berlangsung di California.

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, Wild Thang sudah lima kali menyertai contest yang sama dan sebelum ini hanya menang kedudukan kedua jer sebanyak tiga kali berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Cuma kali ini barangkali sudah tertulis rezeki si bulus tersebut apabila membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM23,585. Lumayan sungguh!

No Image Caption

Dijangkiti virus

Menurut biografi yang dikongsikan pemiliknya, Ann Lewis, haiwan peliharaan itu diserang penyakit virus distemper ketika masih kecil.

No Image Caption

Meskipun terselamat, namun Wild Thang mengalami beberapa masalah kecacatan termasuk bahagian giginya tidak tumbuh sampai bila-bila.

Akibatnya, lidahnya terkeluar manakala kaki kanan bahagian depan tidak boleh berjalan seperti biasa dan bergerak dengan gaya mendayung.

No Image Caption

Selain daripada isu fizikal, Wild Thang juga terkenal dengan jolokan Glugly yang mana gabungan glamor dan hodoh dalam setiap pertandingan yang disertai.

Raikan si unik

Menurut penganjur menerusi laman web rasmi, pertandingan tersebut sudah berlangsung hampir 50 tahun untuk meraikan anjing yang istimewa dan unik.

"Acara ini bukanlah mahu mengejek atau menghina anjing-anjing hodoh, tetapi menyerlahkan makna cantik dari segi karakter yang menawan," tegas penganjur.

No Image Caption

Dalam acara sama, Rome merupakan anjing baka Pug berusia 14 tahun memenangi tempat kedua manakala anjing jalanan, Daisy Mae menduduki tempat ketiga.

Tak sangka ada pertandingan sedemikian dianjurkan hingga peringkat dunia dan ramai tak lepaskan peluang untuk menang ganjaran lumayan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang