MEMILIKI cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Hal ini kerana anak-anak adalah penyeri kepada rumah tangga.

Namun malangnya bagi seorang ibu muda berusia 26 tahun yang terkilan selepas anak yang baru dilahirkan terputus kepala daripada badan.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda malang tersebut meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun wanita itu sudah dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Menurut laporan The Sun UK, kejadian berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem, Brazil.

Dia bersama suaminya tiba di hospital tersebut jam enam pagi dari sebuah hospital lain di Bandar Qurem, bagi menjalani pembedahan Caeseran secara elektif.

Difahamkan anak mereka hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi.

Pada mulanya, dia dilaporkan terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin.

Menurut suami mangsa, setibanya mereka di hospital, pihak doktor menyuruh isterinya bersalin secara normal walaupun mereka hadir bersama surat rujukan hospital untuk pembedahan.

Ketika proses tersebut, doktor itu dipercayai bertindak menarik kepala anaknya dengan kuat sehingga menyebabkan kepala anaknya putus daripada badannya.

Wanita dipaksa doktor bersalin normal, kepala bayi terputus saat dilahirkan

Iklan

Panik dengan kejadian tersebut, doktor terus bertindak membius mangsa dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.

Pihak hospital telah memaklumkan tentang kematian anak itu kepada ibunya, namun tidak memberitahu bagaimana bayi itu meninggal dunia.

Wanita dipaksa doktor bersalin normal, kepala bayi terputus saat dilahirkan

Iklan

Menurut salah seorang anggota perubatan, bayi yang berada dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.

Siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari punca insiden berkenaan.

Sumber: The Sun UK