BERPANTANG maut sebelum ajal, seorang wanita di Odisha, India disahkan mati dalam kejadian kebakaran, mengejutkan ahli keluarga dan orang ramai apabila membuka mata sebelum jasadnya dibakar.

Tubuh badan wanita dikenali sebagai Bujji Aamma (52) dilaporkan mengalami 50 peratus kecederaan melecur dalam insiden kebakaran rumah pada 1 Februari lalu.

Mangsa dirawat di hospital sebelum dibawa pulang kerana kekangan kewangan.

Disebabkan faktor tersebut, keluarga Bujji tidak dapat melanjutkan rawatan susulan ke klinik atau hospital berhampiran yang lain.

Beliau dianggap meninggal dunia kerana dikatakan tidak bernafas dan membuka mata selama beberapa hari.

Baca juga:Akibat terpesona, tidak peduli amaran, warga emas maut diserang buaya

Suami mangsa, Sibaram Palo, 54, menyangka isterinya sudah mati dan meminta jiran untuk mengatur van jenazah bagi membawa mayat ke tempat pembakaran.

“Pada Isnin lalu, ketika berada di rumah, isteri saya tidak membuka matanya dan kelihatan tidak bernafas.

“Kami fikirkan beliau telah mati dan memaklumkan kepada orang lain di kawasan itu,” katanya.

Salah seorang jiran, K Chiranjibi, yang menemani wanita itu menaiki van jenazah berkongsikan kisah ‘menakutkan’ tersebut.

“Sejurus Bujji membuka matanya dan menjawab sahutan, memang mengejutkan kami. Pada mulanya, takut, kerana saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

“Satu keajaiban, kami terus membawanya pulang,” tambahnya.

Baca juga:Tragis! Ibu sangka oven sebagai katil bayi, anak sebulan maut hangus, ini kronologinya

Iklan

 

Bagaimanapun, dilaporkan situasi itu berlaku tanpa pihak suami berunding dengan doktor atau mendapatkan sijil kematian terlebih dahulu.

Ini kerana menurut sumber penduduk tempatan di sana tidak wajib untuk berbuat demikian.

Mujur masih panjang umur wanita itu. Peringatan buat semua, macam mana sekali pun kena ada pengesahan supaya tidak terjadi kecuaian yang boleh membawa penyesalan seumur hidup.

Iklan

Sumber : The Times India

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang