BUKAN OBSES, tapi ‘terpesona’ dengan seekor buaya berukuran 11 kaki, dan mahu melihat secara dekat, akhirnya memakan diri seorang warga emas apabila maut diserang haiwan tersebut.

Wanita dikenali sebagai Cynthia Covert, 58, didakwa tidak menghiraukan amaran untuk menjaga jarak daripada buaya itu sebelum pahanya disambar dan diheret ke kolam berhampiran.

Menurut polis, sepasang suami isteri berusaha bersungguh-sungguh meminta agar Cynthia tidak mendekati binatang itu dengan memaklumkan mereka baru melihat haiwan itu membaham rusa.

Tetapi mangsa menjawab: “Saya bukan rusa,” sebelum meneruskan tindakan tidak masuk akal itu.

Baca juga:Rendam kaki, sapu lidah buaya boleh bantu sejukkan badan! Cuba 4 teknik ini rasa segar musim panas

Mendengar kekecohan tersebut, jiran lain turut datang menyelamatkannya, dengan seorang melemparkan tali ke dalam kolam.

Apabila mangsa menangkapnya dan menyatakan penyesalannya namun semua sudah terlambat.

“Saya rasa saya tidak akan melakukan perbuatan ini lagi,” jeritnya ketika kejadian berlaku di Pulau Kiawah, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Baca juga:Viral pemuda nikmati telur buaya goreng, ini hukum makan telur haiwan

Seorang sumber berkata, perwatakan Cynthia tidak seperti biasa dan lebih cerewet.

“Dia menjadi terpesona dengan binatang itu selepas melihat ia berehat di dalam kolam dan berkeras untuk mendekati bagi mengambil gambar.

“Kejadian berlaku dengan pantas, buaya tersebut menariknya ke dalam air dan melakukan gulungan maut, satu gerakan bagi melemaskan mangsa,” katanya.

Iklan

Mayat wanita berkenaan terapung semula ke permukaan 15 minit kemudian namun, haiwan tersebut masih mengigit pahanya semasa anggota penyelamat tiba.

Punca kematian dinyatakan sebagai lemas.

Datuk Bandar Pulau Kiawah, Craig Weaver menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tragedi ngeri’ yang sebenarnya boleh dicegah.

“Ini bukan tindakan rambang seekor buaya untuk menyerang seseorang secara agresifj jika sebaliknya keadaan itu diprovokasi,” katanya.

Iklan

Sumber : Daily Star US

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang