SELEPAS pecah masuk sebuah rumah, dia menyorok sebelum menculik seorang kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan.

Itu strategi jahat yang dilakukan seorang penjenayah dalam satu kejadian yang mencetuskan huru-hara di Pulau Cebu, Filipina baru-baru ini.

Insiden tersebut amat memeranjatkan penduduk setempat, malah mendapat liputan meluas akhbar tempatan dan Korea.

Lapor The Korean Herald, si kecil berusia lapan tahun itu disumbat di dalam sebuah bagasi bersaiz besar sebelum dibawa lari.

Difahamkan, Jin Nichole You dilarikan pada waktu tengah hari pada Khamis minggu lalu menggunakan sebuah kereta.

culik budak

Menurut laporan pihak berkuasa, gerak-geri suspek yang dipercayai berusia 30 tahun itu terakam melalui rakaman televisyen litar tertutup milik orang awam.

Melalui video pendek yang tular di media sosial, suspek dilihat mengheret sebuah bagasi sebelum hilang dari lokasi kejadian.

 

Kehilangan kanak-kanak perempuan itu hanya disedari ibu bapa mangsa selepas tidak pulang ke rumah.

DITEMUI SELAMAT

Berita kehilangan mangsa mendapat respons pantas daripada semua orang.

culik budak

Tak kira polis, pihak kedutaan dan famili mangsa, rakyat Korea Selatan yang tinggal di kepulauan itu turut berkongsi maklumat di media sosial.

Mereka berkongsi info seperti model kereta dan nombor pendaftaran suspek di media sosial.

Baca juga Budak 6 tahun diculik lebih sebulan, ditemui dalam troli sampah. Ini kronologi kes mengejutkan

Nampaknya usaha keras mereka berbaloi apabila penjenayah yang dikaitkan berjaya ditangkap kurang lima jam selepas hebahan tersebar.

culik budak

Iklan

Suspek berjaya ditahan pada hari yang sama.

Budak perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Baca juga Misteri kehilangan wanita jadi tanda tanya, dipercayai diculik ‘polis’ yang diupah bekas kekasih

Pun demikian, motif pecah masuk dan penculikan masih lagi dalam siasatan.

culik budak

Iklan

Hmmm…bila baca berita-berita macam ini memang kita akan terus teringat anak-anak kita. Pergi tinjau mana mereka sekarang?

Pertingkatkanlah keselamatan mereka. Ingat, malang tak berbau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang