MISTERI kehilangan seorang wanita di Ontario, Kanada yang diculik sejak lebih enam bulan lalu masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat netizen.

Mana tidaknya, mangsa, Elnaz Hajtamiri berusia 37 tahun difahamkan dibawa lari tiga lelaki yang menyamar sebagai polis pada malam kejadian 12 Januari lalu.

Dipendekkan cerita, suspek dikatakan memecah masuk rumah saudara Hajtamiri dan mengugut menggunakan surat waran tangkap palsu.

Tidak cukup dengan itu, wanita malang berkenaan diheret keluar rumah tanpa sempat membawa sebarang barangan peribadi.

misteri wanita

Lapor The Sun, kes tersebut menggemparkan orang ramai apabila siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek menyamar sebagai anggota penguat kuasa palsu.

Lebih mengejutkan, kes penculikan tersebut dikaitkan dengan bekas kekasih mangsa, Mohammed Lilo yang dipercayai mengupah individu terbabit untuk membawa lari teman wanitanya.

Selepas sembilan hari Hajtamiri hilang tanpa sebarang jejak, pihak polis kemudiannya menahan bekas kekasih mangsa atas tuduhan gangguan jenayah.

misteri wanita

Menurut laporan pihak berkuasa, seminggu sebelum kejadian hilangan tersebut, Lilo bersama dua rakan dikatakan mengancam Hajtamiri termasuk mahu memukulnya menggunakan kuali.

Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Baca juga Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Tidak mahu keselamatan diri terus tergugat, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk tinggal sementara di rumah saudaranya yang difikirkan lebih selamat.

Namun, siapa sangka lokasi Hajtamiri berjaya ditemui bekas kekasihnya selepas alat pengesan ditemui pada kereta milik mangsa.

misteri wanita

Kejadian tersebut menguatkan lagi andaian pihak polis terhadap penglibatan Lilo dalam kes kehilangan wanita yang berasal dari Arab Saudi itu.

Barangkali tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, suspek melakukan sesuatu di luar jangkaan termasuk merancang penculikan.

Baca juga Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Meskipun sudah ditahan polis, Lilo enggan memberikan kerjasama untuk membantu siasatan dan lokasi sebenar mangsa sehingga kini masih misteri.

misteri wanita

Suspek juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh dan menculik berhubung kejadian kes terdahulu.

Iklan

MIMPI NGERI

Kehilangan Hajtamiri terus menjadi mimpi ngeri buat keluarganya yang masih buntu dan bimbang dengan keselamatan anak perempuan mereka.

Tempoh lebih enam bulan menjadi durasi cukup panjang dan ramai yang mengandaikan mangsa sudah dibunuh dan mayatnya disembunyikan bagi mengaburi mata pihak polis.

misteri wanita

Memetik kenyataan keluarga wanita tersebut, mereka berterima kasih kepada pihak polis yang bersungguh-sungguh menangkap suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

“Tempoh yang berlalu adalah perit dan pedih buat kami sejak kehilangannya dan usaha mencarinya tetap diteruskan tanpa henti.

Baca juga Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan

Iklan

“Sehingga kini kami tidak menemui apa-apa dan berharap penahanan suspek ini akan membawa klu buat kami untuk mencarinya,” kata wakil keluarga itu.

misteri wanita

Misi mencari Hajtamiri tersebar meluas di media sosial apabila satu akaun khas di Instagram, @bringelnazhome dengan tanda pagar #bringelnazhome menarik perhatian ramai.

Moga kejadian ini memberi iktibar buat semua khususnya para wanita supaya lebih berhati-hati.

Ketika bercinta, memanglah semuanya nampak manis dan membahagiakan, tetapi berwaspadalah ya. Tidak semua indah belaka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan