TRAGIS, apabila seorang wanita kehilangan kedua-dua kaki selepas ditolak di landasan kereta api bawah tanah Fulton Street oleh teman lelakinya di Lower Manhattan pada Sabtu.

Menurut polis,wanita berusia 29 tahun itu dan teman lelakinya dilaporkan bertengkar di stesen kereta api tersebut sebelum ditolak dan dilanggar kereta api dari arah selatan.

Sejurus menerima laporan pada jam 10.30 pagi, pegawai NYPD bergegas ke tempat kejadian.

Baca juga: Mulianya hati, 2 hari bertarung nyawa, lelaki dirempuh ketika bantu pengantin accident meninggal dunia. Berikut kronologi kemalangan maut

Baca juga:Memandu dengan cuai hingga kemalangan, kanak-kanak 10 tahun alami kerosakan otak saman bapa sendiri

“Kita mendapati mangsa dalam keadaan sedar dan responsif walaupun mengalami kecederaan di kakinya selepas dilanggar kereta api.

“Mangsa dibawa ke hospital tempatan dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong,” ujarnya.

Tambah pihak polis, teman lelaki wanita itu telah melarikan diri dari tempat kejadian.

“Tiada tangkapan dibuat. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Minggu lalu, Gabenor New York, Kathy Hochul mengumumkan satu siri perubahan untuk sistem kereta api bawah tanah New York City.

Iklan

Ia berikutan rentetan jenayah berprofil tinggi, termasuk kejadian tembakan berturut-turut yang mengorbankan dua orang di Bronx dan Brooklyn.

Kathy berkata, dia akan mengerahkan 750 anggota Pengawal Kebangsaan untuk mengawasi kereta api bawah tanah untuk membantu Jabatan Polis New York.

Sumber : ABC News

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!