Memandu dengan cuai hingga kemalangan, kanak-kanak 10 tahun alami kerosakan otak saman bapa sendiri

A
A
A

KECUAIAN seorang lelaki memandu melawan arus membawa padah apabila beliau berhadapan tuntutan saman daripada anaknya sendiri.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu bertindak mengemukan saman terhadap bapanya selepas mengalami kerosakan otak akibat kemalangan kereta.

Menurut laporan Mail Online, Arda Mosa turut menuntut ganti rugi lebih RM1.2 juta (£200,000) daripada ayahnya, Abdul Mosa selepas lelaki berusia 51 tahun itu melanggar sebuah lori ketika memandu.

Difahamkan si kecil itu mengambil tindakan undang-undang berkenaan melalui ibunya, Huzan dan sebarang ganti rugi akan ditanggung oleh syarikat insuransnya.

Kertas siasatan mendedahkan Arda mengalami masalah penglihatan, kesukaran untuk belajar dan tidak dapat menggunakan tangan atau kaki sepenuhnya.

Susulan kejadian tersebut, Arda turut berdepan kietidakseimbangan, keletihan fizikal dan mental, keresahan serta gejala panik.

Jumlah pampasan yang dimohon meliputi kerugian masa lalu dan bayaran untuk masa depan.

Kanak-kanak itu juga akan kembali membuat tuntutan di mahkamah sekiranya keadaan yang dialaminya semakin merosot.

 

Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?

Mengimbas semula kejadian yang berlaku pada Ogos 2014, keluarga tersebut yang tinggal di Leeds, West Yorkshire baharu pulang daripada bercuti di Perancis.

Sebaik meninggalkan terminal Channel Tunnel di Kia Soul, mereka terlibat kemalangan di Hythe, Kent.

Baca juga: Paling ramai billionaire dengan jumlah aset luar biasa, ini senarai 10 bandar terkaya di dunia yang buat ramai kagum

Nahas tersebut telah mengorbankan seorang anak lelaki Abdul iaitu Alin, 7 tahun.

Arda yang pada ketika itu berusia 17 bulan dan abangnya Ara, 6 tahun mengalami kecederaan serius.

Isteri Abdul, Huzan turut cedera namun sudah pulih.

Sementara itu, pemandu lori, Anthony Brown pula dilaporkan patah tangan kanan dan terpaksa dirawat selama lapan hari di hospital.

Baca juga: Pameran eksentrik paling ganjil di dunia, ini lima muzium rare terima pengiktirafan yang bukan calang-calang

Perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Canterbury Crown memberitahu dua daripada kanak-kanak dalam kenderaan itu tidak memakai tali pinggang kaledar.

Abdul yang mengalami kecederaan ringan dilaporkan telah mengabaikan pemandu lain yang cuba memberi amaran kepadanya ketika memandu di arah bertentangan.

Beliau telah memandu sejauh kira-kira 60 meter di lorong kanan walaupun terdapat tanda di sepanjang laluan tersebut.

“Saya anggap tertuduh lupa cara pemanduan di Eropah.

“Ia adalah satu kesilapan yang memberi kesan besar,” kata wakil pendakwaan, Stephen Shay.

Baca juga:Wabak rusa zombi boleh bawa maut, saintis dunia tak tolak kemungkinan boleh berjangkit dengan manusia

Dalam pada itu, Abdul memberitahu polis bahawa beliau menyangka jalan tersebut merupakan laluan sehala.

Pun demikian, pihak pendakwaan menyatakan terdapat penanda jalan yang jelas di sepanjang laluan tersebut.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan pemanduan secara bahaya dan menyebabkan kematian serta kecederaan serius.

Hakim kemudiannya telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara, digantung daripada memandu selama tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang