TAK sangka jumpa! Begitulah gambaran yang dapat dikongsikan oleh seorang ahli meteorologi yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) apabila beliau memperoleh semula dompetnya yang hilang sekitar 53 tahun lalu di Antartika.

Menurut Akhbar The San Diego Union-Tribune melaporkan, Paul Grisham, 91, sendiri terlupa tentang dompetnya yang telah hilang sekian lamanya itu dan terkejut apabila dihubungi oleh pihak yang menjumpainya untuk diserahkan kembali melalui pos.

Dompet hilang 53 tahun berjaya ditemui semula, tak sangka boleh jumpaDompet berkenaan ditemui ketika kerja merobohkan pangkalan saintifik di Pulau Ross pada 2014 yang mana Grisham etika itu bertugas sebagai peramal cuaca dari Oktober 1967 hingga November 1968.

Lebih memeranjatkan beliau segala isi kandungannya juga masih ada di dalam dompet tersebut.

Dompet hilang 53 tahun berjaya ditemui semula, tak sangka boleh jumpaDompet itu dijumpai tersorok di belakang sebuah loker dan di dalamnya mengandungi kad perakuan Tentera Laut milik Grisham, lesen memandu beliau, kad rujukan tindakan perlu diambil jika berlaku serangan senjata kimia atau biologi, serta kad catuan untuk bir.

Selain itu, kenyataan cukai dan resit-resit kiriman wang kepada isterinya juga masih ada tersimpan rapi dalam dompet tersebut.

Grisham berkata, beliau begitu terharu kerana pemulangan dompet itu membabitkan kerjasama ramai orang yang berusaha menjejakinya.

Iklan

“Begitu ramai orang yang terlibat cuba menjejaki saya,” katanya.

Terdahulu, ketua sebuah kumpulan penyelidikan di Antartika menghubungi seorang bekas pekerja yang pernah berjaya mengembalikan seutas gelang perakuan Tentera Laut ditemui dijual di sebuah kedai kepada pemiliknya.

 

Iklan

Dompet hilang 53 tahun berjaya ditemui semula, tak sangka boleh jumpaBersama-sama anak perempuan beliau, mereka merujuk sebuah yayasan untuk golongan veteran yang kemudian menghubungi Persatuan Perkhidmatan Cuaca Tentera Laut yang pernah disertai Grisham.

Akhirnya, Grisham berjaya dijejaki dan dompet yang masih dalam keadaan elok itu selamat tiba di kediaman Grisham di San Carlos, utara California, baru-baru ini.