BERITA mengenai Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menjadi individu pertama mendapat suntikan vaksin Covid-19 menjadi bualan warganet.

Jokowi dikatakan mengotakan janjinya untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin tersebut selamat malahan proses suntikan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube SekretariatPresiden pada Rabu lepas.

Selepas Jokowi selesai disuntik, ia diikuti beberapa menteri kabinetnya dan Ketua Polis Indonesia, Idham Azis serta Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.

Jokowi kotakan janji, individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di IndonesiaProses vaksinasi itu diteruskan ke individu lain secara serentak keesokannya, dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya rakyat Indonesia.

Nampaknya tindakan yang diambil lebih berkesan dengan hanya melalui arahan mahupun kata-kata.

Situasi seumpama itu sekali lagi berulang apabila seorang individu yang merupakan ketua jabatan bahagian kesihatan di wilayah Papua juga sanggup menawarkan dirinya sendiri menerima suntikan awal demi meyakinkan masyarakat setempat.

Dr Aaron suntik diri sendiri vaksin Covid-19, bukti kepada masyarakat ia selamatBerani dan lebih mengejutkan, beliau dilaporkan sanggup menyuntik diri sendiri vaksin tersebut sebagai bukti keselamatan dan mahu menjadi contoh kepada masyarakat setempat.

Memetik laporan Tribunnew.com, Dr. Aaron Rumainum yang merupakan Ketua Jabatan Kesihatan menjadi seorang daripada 14 sukarelawan di wilayah berkenaan yang bersedia menjadi penerima vaksin terawal.

“Saya rasa adalah lebih baik saya disuntik dahulu, jika berlaku apa-apa orang lain tidak risau,” katanya.

Menurut Dr Aaron, sebagai pengamal kesihatan beliau perlu menjadi contoh kepada masyarakat bagi memastikan vaksin yang disuntik itu selamat.

Iklan

Dr Aaron suntik diri sendiri vaksin Covid-19, bukti kepada masyarakat ia selamat

Dr Aaron sekali gus menjadi individu pertama di wilayah Papua yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Tambah Dr Aaron lagi, itu sahaja cara yang boleh dilakukan sebagai bukti agar masyarakat di sini tidak takut dan yakin dengan keselamatan vaksin ini.

Iklan

Sebelum ini, masyarakat setempat bimbang suntikan vaksin berkenaan memberi kesan terutama menyebabkan perubahan kepada kesihatan.

Buat masa ini, Papua telah menerima 14,680 dos vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma kepada penduduk di wilayah berkenaan.

Untuk kategori awal penerima, kira-kira 7,000 kakitangan bahagian kesihatan di jayapura akan menjadi penerima awal suntikan vaksin.