Dulu Miss Vietnam World 2010 kini petani, ibu 6 anak pilih hidup sederhana

A
A
A

Dulu Miss Vietnam World 2010 kini petani, ibu 6 anak pilih hidup sederhana

TIDAK siapa yang menyangka, susuk tubuh yang sedang mencangkul dalam beberapa keping foto viral merupakah seorang bekas ratu cantik.

Memilih tinggal di kampung, gaya ringkas bekas ratu cantik itu menjadi perhatian.

Lebih-lebih lagi apabila dia tidak teragak-agak mengusahakan tanah sambil mencangkul tanah dengan memakai pakaian yang serba ringkas.

Identiti wanita itu dikenali sebagai Oanh Yen.

Di Vietnam, nama Oanh Yen dikenali sebagai pemenang pelbagai anugerah kecantikan berprestij.

Sebut saja Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010, Ratu Cantik Dunia 2019 di Korea, dan banyak lagi pertandingan kecantikan yang telah disertainya.

Wajah yang cantik dengan badan yang tinggi lampai membuatkan Oanh Yen amat dikagumi.

Dianugerahkan dengan susuk tubuh yang hampir sempurna, Oanh Yen sering memenangi pertandingan ratu cantik.

Bentuk tulang muka yang tajam dengan aura yang memancar membuatkan ramai terpukau apabila melihatnya.

Memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap tentang kehidupan peribadinya.

Baca juga Usus kecil tersepit, rupanya Lisa Presley meninggal dunia asbab komplikasi pembedahan bariatrik

Kredit foto: Grid Id

 

Malah, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu wanita awet muda itu sudah mempunyai enam orang anak.

Walaupun sudah enam kali mengandung dan bersalin, Oanh Yen masih mengekalkan badannya.

Potret keluarganya juga begitu harmoni dengan anak-anak yang cantik dan kacak.

Setiap kali dia menghadiri acara, Oanh Yen sentiasa tampil dengan gaya pakaiannya yang glamor namun tetap sopan.

Namun, Oahn Yen kini semakin menjauh dari dunia hiburan. Ibu kepada enam anak itu memutuskan untuk tinggal di kampung.

Dia mengisi hari-harinya dengan bertani di ladang. Foto Oanh Yen di ladang juga menjadi viral. Dia bersama anaknya dilihat memakai baju hitam dan seluar. Dia juga memakai selipar dan bersedia untuk menggali tanah.

Dalam satu foto, Oanh Yen kelihatan sedang berehat di pinggir padang. Dia juga memegang topi untuk menghalang panas matahari. Penampilannya kini telah berubah.

Bekas ratu cantik itu sentiasa kelihatan polos tanpa solekan. Warna kulitnya juga kelihatan lebih gelap berbanding sebelum ini kerana sering aktif di bawah terik matahari.

Melihat penampilannya yang berubah, ramai yang tidak menyangka Oanh Yen adalah seorang selebriti.

Selain bercucuk tanam, Oanh Yen juga menikmati kehidupan seharian bersama anak-anaknya di rumah.

Ketika muncul di beberapa acara, Oanh Yen dilihat hanya memakai solek ringan. Penampilannya juga lebih ringkas, tidak glamor seperti kehidupannya ketika bergelar public figure.

Baca juga Manusia miliki ekor sepanjang 0.6 meter, kisah remaja dari India ini mengejutkan dunia

Sumber: Grid Id

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang