SIAPA sangka dengan hanya menggunakan duit yang dikumpul sendiri untuk tampung kos pertandingan kecantikan, gadis ini akhirnya dinobatkan Miss Vietnam 2020.

Tuoi Tre News melaporkan, pelajar berusia 19 tahun, Do Thi Ha menewaskan 34 finalis lain dan memenangi gelaran itu pada Jumaat lalu menerusi satu rancangan siaran langsung yang diadakan di Stadium Phu Tho di Daerah 11, Bandar Ho Chi Minh.

Do Thi Ha dilahirkan di Wilayah Thanh Hoa dan kini sedang menuntut di Universiti Ekonomi Nasional (NEU) yang berprestij di Hanoi.

Do Thi Ha dilahirkan pada tahun 2001, memiliki kecantikan semula jadi berketinggian 1.75 meter dengan ukuran badan yang menakjubkan 80, 60, dan 90 sentimeter.

Difahamkan, sebelum Do Thi Ha mencuba nasib program Miss Vietnam 2020, dia juga telah menyertai pertandingan kecantikan yang diadakah di NEU.

Do Thi Ha yang berasal daripada keluarga petani dan pekerja am itu mengatakan ibu bapanya sangat memberi sokongan sepanjang perjalanannya sebagai peserta Miss Vietnam 2020.

Gadis 19 tahun anak petani dinobat Miss Vietnam 2020

Menurut Dantri International News, Do Thi Ha membawa pulang hadiah wang tunai VND350 juta (RM61,950).

Baca juga Lelaki 45 tahun pinang wanita 20-an, sanggup belanja hantaran tinggi dan hadiah mewah bernilai RM870,000 demi cinta

Iklan

Selain itu, dia juga memenangi sejumlah hadiah lain termasuk anugerah Media Beauty, Fashion Beauty, dan Sea Beauty.

Semasa peringkat akhir pada malam itu, 35 peserta diwajibkan menggayakan pakaian tradisional Vietnam ‘ao dai’, kemudian 22 orang ke peringkat peragakan pakaian renang, 15 peserta ke peringkat gaun malam, dan 10 orang ke peringkat akhir menjalani pusingan soal jawab. Daripada jumlah itu, juri memilih lima peserta teratas. Lima wanita cantik itu bersaing dalam babak soal jawab, diikuti dengan pengumuman tiga teratas.

Iklan

Gadis 19 tahun anak petani dinobat Miss Vietnam 2020

Sementara itu, naib juara pertama dimenanangi oleh Pham Ngoc Phuong Anh dari Bandar Ho Chi Minh membawa pulang VND250 juta (RM44,250) dan naib juara kedua Nguyen Le Ngoc Thao dari bandar yang sama memenangi VND200 juta (RM35,400).

Xinhuanet melaporkan program Miss Vietnam yang dianjurkan oleh akhbar harian Vietnam Tien Phong hanya diadakan dua tahun sekali sejak 1988, bertujuan untuk meraikan kebaikan, keindahan dan pengetahuan. Miss Vietnam juga dianggap sebagai pertandingan kecantikan kebangsaan yang paling berprestij.