Gadis dibunuh dan dikebumikan di gurun hanya kerana memiliki Snapchat

A
A
A

SEORANG gadis di Arab Saudi dilaporkan telah dibunuh dan dikebumikan di padang pasir oleh abang kandungnya.

Pembunuhan itu hanya disebabkan masalah kecil iaitu wanita tersebut mempunyai Snapchat.

Qamar yang berusia 26 tahun, dibunuh oleh dua abangnya, Ahmed dan Nasser.

Kakak Qamar, Manal, memberitahu kedua-dua abangnya telah membunuh adik perempuannya hanya kerana memiliki aplikasi itu.

Perkara tersebut ditulis oleh Manal dalam ciapan di Twitter yang kini telah dipadam.

Menurut The Sun, tidak lama setelah tweetnya dipadam, Manal turut membuat posting foto tangan berlumuran darah, yang dipercayai milik adiknya.

Dia juga muat naik video ibunya menjerit setelah mayat Qamar ditemui. Manal kemudian berhenti membuat perkongsian di Twitter, tetapi akhirnya dia kembali berkongsi.

"Selamat pagi, saya baik-baik saja dan menyerahkan kes itu kepada undang-undang," tambahnya.

Namun, pada masa itu netizen melihat perkara tersebut sangat aneh. Mereka juga percaya Manal telah diancam dan berada dalam bahaya.

Hashtag #SaveManalQamalSister diulang kicau semula di seluruh dunia manakala video ibu Manal dan Qamar juga turut tular di media sosial.

Dalam video tersebut mereka memohon Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, untuk membantunya mencari pembunuh anak perempuanya.

Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi mengesahkan dua penangkapan berhubung pembunuhan Qamar.

Satu kenyataan mengatakan Perkhidmatan Keselamatan Polis Gabenor Al Kharj menerima laporan pada 19 Januari mengenai kehilangan seorang gadis berusia 16 tahun.

Gadis dibunuh dan dikebumikan di gurun hanya kerana memiliki Snapchat

Menurutnya, hasil penyelidikan awal menunjukkan mayatnya ditemukan di padang pasir, 10 km dari wilayah pemerintahan.

Katanya, dua pemuda berusia 30-an telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Baca juga Permainan ‘game board’ kembali popular pada musim Covid-19, penjualan melonjak naik di AS, Eropah

Snapchat adalah aplikasi yang membolehkan individu terus berhubung dengan rakan hanya menggunakan gambar yang hanya dapat dilihat selama beberapa saat sebelum hilang selamanya.

Cara aplikasinya, ambil gambar kemudian menambah sedikit teks jika mahu, memilih jumlah masa yang akan menjadikan gambar itu kelihatan serta boleh

menghantarnya kepada sesiapa pun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang