[VIDEO] Gangguan internet, 42 rider Food Panda hantar pesanan serentak, nasib ada jiran tolong beli

Gangguan internet, 42 rider Food Panda hantar pesanan serentak, nasib ada jiran tolong beli
December 1, 2020
Oleh Meen

ZAMAN sekarang, jika lapar dan rasa nak makan tak perlu pergi jauh-jauh, semuanya di hujung jari.

Pelbagai aplikasi online untuk memudahkan membeli makanan tanpa perlu pergi ke kedai.

Iklan

Siapa sahaja mampu membuat pesanan kerana untuk menggunakan aplikasi tersebut cukup mudah.

Ibu bapa juga kini dilihat turut melatih anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di rumah untuk membuat pesanan makanan sendiri.

Cuma apa yang perlu hanyalah sebuah smart phone, internet dan pilih menu kegemaran anda. Makanan akan terus dihantar ke rumah. Begitu mudah kan.

Iklan

Namun, kisah seorang kanak-kanak di Filipina yang tinggal bersama neneknya baru-baru ini tular di media sosial selepas sebuah video yang dimuat naik oleh jirannya mendapat perhatian ramai.

Kanak-kanak itu dikatakan menggunakan perkhidmatan pesanan makanan Food Panda ketika ibu bapanya keluar bekerja.

Iklan

Ketika dia sedang membuat pesanan, sambungan internet di rumahnya terganggu menyebabkan budak perempuan berusia 7 tahun itu jadi keliru sama ada pesanan tersebut diterima atau tidak.

Oleh itu, dia telah mencuba berulang kali sehingga berasakan pesanan tersebut telah betul-betul berjaya tanpa menyedari bahawa semua pesanan yang dibuat telah diterima oleh rider.

Setelah beberapa minit, dia terkejut apabila 42 penunggang Food Panda tiba di hadapan rumahnya membawa pesanan yang sama.

Salah seorang jiran kanak-kanak itu sempat merakam kejadian yang berlaku. Video tersebut kini tular di Facebook.

Rakaman menunjukkan beberapa rider Food Panda tiba serentak membawa sekotak set ayam dan kentang goreng yang dianggarkan kurang RM20 sebungkus tapi disebabkan kesilapan yang dibuat menjadikan kesemua pesanan tersebut berjumlah ratusan ringgit.

Kanak-kanak itu menangis kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar membuatkan jiran-jiran datang ke rumahnya.

Akhirnya, beberapa jiran mengambil keputusan untuk membeli makanan tersebut sementara selebihnya terpaksa dipulangkan semula.

Nasib baik ada jiran yang prihatin dan baik hati. Abang Food Panda jangan marah ye. Perkara tersebut tidak disengajakan dan harap adik itu juga dapat dimaafkan.

Iklan

About Meen

Biodata Penulis
Iklan