RESUME adalah dokumen yang lazimnya disediakan oleh seseorang untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat.

Kebiasaannya para pelajar lepasan universiti dan kolej akan berlumba-lumba menyediakan resume sebagai langkah awal untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka.

Dokumen ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan ‘first impression’ kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga.

Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana resume yang kita hantar secara pos atau emel itu sampai dan diterima oleh syarikat berkenaan.

Kadang, penat asyik hantar resume tapi tak pernah pun nak capai ke peringkat seterusnya iaitu panggilan untuk temuduga.

Namun lain kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki ini.

Lukas Yla, seorang pakar pemasaran berusia 25 tahun dari Lithuania, pindah ke bandar San Francisco di tepi teluk pada musim panas, di mana dia berharap dapat menjalankan tugas dan impiannya.

resume

Namun, dia tersedar bahawa mencari pekerjaan dalam bidang persaingan sedemikian memerlukannya untuk berfikir di luar kotak.

Dia menyamar sebagai kurier perkhidmatan penghantar makanan untuk menghantar resume.

Yla dikatakan bertindak kreatif dengan mengunjungi 40 syarikat bakal majikan dengan sebuah kotak donat.

Iklan

Namun, setiap penghantaran bukan hanya sekadar makanan manis tersebut, tap Yla turut kepilkan resume di dalamnya, dimulakan dengan sedikit keterangan penghantaran tersebut dan link pautan ke profil Linkedinnya.

Baca juga Terdesak dan malas nak pergi kerja, lelaki berlakon pura-pura kena culik

Dia berpuas hati dengan tindakan itu kerana dapat memastikan resume dia sampai ke tangan individu yang berkenaan.

Ternyata tindakannya yang kreatif dan innovatif terbukti berjaya. Malah dia mendapat 10 tawaran kerja daripada syarikat lain.

Iklan

Melalui teknik kotak manisan itu, Yla telah membuktikan bahawa kunci terbaik untuk mencari pekerjaan adalah dengan promosi diri.

Sumber: mymodernmet