PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin kini menjadi perhatian dunia susulan peperangan yang tercetus antara Rusia dan Ukraine.

Baru-baru ini, Persatuan Taekwondo Dunia (World Taekwondo) membatalkan tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam Putin yang dianugerahkan kepadanya pada November 2013.

Persatuan Taekwondo Dunia ialah persekutuan antarabangsa yang mengawal sukan taekwondo dan merupakan ahli Persatuan Persekutuan Antarabangsa Olimpik Musim Panas (ASOIF).

putin taekwondo

Baca juga: Tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi, syarikat penerbangan Ukraine perkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugari

Dalam kenyataan rasmi, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam terhadap nyawa yang tidak bersalah di Ukraine, yang bertentangan dengan visi pertubuhan itu iaitu ‘kedamaian lebih berharga daripada kemenangan’, nilai-nilai hormat dan toleransi Persatuan Taekwondo Dunia.

Sebagai solidariti dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, tiada bendera atau lagu kebangsaan Rusia atau Belarusia akan dipamerkan atau dimainkan di acara Taekwondo Dunia.

Taekwondo Dunia dan Kesatuan Taekwondo Eropah difahamkan tidak akan menganjurkan atau mengiktiraf acara taekwondo di Rusia dan Belarus.

Malah tiada bendera dan lagu kebangsaan Rusia atau Belarus akan dipamerkan atau dimainkan pada acara organisasi itu di seluruh dunia.

Putin

JUDO KEGEMARAN PUTIN

Iklan

Dalam pada itu, difahamkan Persekutuan Judo Antarabangsa juga membuat kenyataan menggantung status Putin sebagai presiden kehormat dan duta persekutuan.

Putin adalah peminat besar pertempuran tanpa senjata terutamanya judo. Beliau berada di ranking kelapan judoka Persekutuan Judo Antarabangsa pada 2012 dan menjadi orang Rusia pertama yang menerima anugerah itu.

Putin menyifatkan judo sebagai sukan kegemarannya dan terus berlatih. Pada tahun 2004 beliau mengarang buku tentang judo dan ia diterbitkan dalam bahasa Rusia berjudul ‘Judo: History, Theory, Practice’. Buku itu kemudian diadaptasi ke layar perak sebagai sebuah filem berjudul Judo bersama Vladimir Putin.

Iklan

Selain taekwondo dan judo, Putin turut menguasai sambo iaitu seni mempertahankan diri Rusia serta kyokushin.

Baca juga: Pesawat Terbesar Di Dunia Milik Ukraine Musnah Diserang Rusia, 10 Fakta Menarik Antonov AN-225

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Reuters, Daily Mail, Huff Post, Rolling Stones, Reuters