HENDAK merakam kenangan manis untuk dikenang sempena majlis perkahwinan, sebaliknya pula yang berlaku kepada sepasang pengantin ini.

Kejadian mendebarkan itu tular di media sosial berikutan momen berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Apa tidaknya, sesi berfoto bertukar tragedi apabila sepasang pengantin dihanyutkan sebaik ombak besar membadai berhampiran Montage Hotel, pantai Laguna di California.

Pasangan yang tidak dikenali itu sebelum itu dilihat mengambil masa sebentar untuk mendapatkan momen terbaik dan membetulkan pakaian perkahwinan mereka, tetapi tidak menyedari ombak sedang menjulang menghampiri.

Sebelum kejadian ombak besar menghanyutkan mereka.

Gelombang kuat tiba-tiba meluru ke arah batu lokasi mereka berdiri, sebelum mengheret pasangan itu ke lautan.

Mereka yang lengkap memakai baju pengantin nyaris lemas sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat yang bertugas di pantai berkenaan, lapor dailymail.co.uk.

Kecekapan anggota berjaya menyelamatkan keduanya daripada menjadi mangsa korban.

Mereka berjaya dibawa ke darat dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Iklan
Pasangan pengantin berkenaan diselamatkan petugas di pantai.

Menurut ketua bahagian keselamatan pantai, Kapten Kai Bond, pasangan itu berada di atas batu sebaik melihat kawasan tersebut selamat untuk sesi bergambar.

“Walaupun lokasi selamat jangan disangka ia petanda baik, kadang kala kita tidak jangka bila ombak besar membadai pantai.

“Sepatutnya setiap kali berkunjung ke pantai, anda harus maklumkan kepada anggota penyelamat agar keselamatan lebih terjamin terutama di kawasan berisiko,” katanya.

Iklan

Foto: dailymail.co.uk

Featured image (gambar hiasan): chelsea nicole