UMUM sedia maklum, Singapura merupakan salah sebuah negara jiran yang memiliki saiz yang agak kecil iaitu hanya seluas 728 kilometer persegi sahaja.

Jika dibandingkan dengan Malaysia yang memiliki 329.847 kilometer persegi, boleh dikatakan jurang antara dua negara itu terlalu jauh.

Pun begitu, meskipun Singapura merupakan antara negara terkecil di dunia, namun menjadi penyumbang kepada pengeluaran gas karbon monoksida paling tinggi di Asia.

SOLAR

Kepesatan pembangunan negara republik itu mendorong pelbagai projek hijau dijalankan.

Namun malangnya, kekangan tanah yang terhad membuatkan Kota Singa itu menghasilkan sesuatu luar biasa.

Sebuah projek tenaga solar terapung dibina di perairan Selat Melaka berhampiran Woodlands ternyata menarik perhatian warganet kerana dikatakan terbesar di dunia.

Lapor republicworld.com, ladang solar yang dikatakan seluas tujuh padang bola sepak itu mampu menjana tenaga hingga enam juta kWh pertahun.

solar

Apa yang lebih menarik, meskipun berdepan halangan sepanjang pandemik Covid-19, projek tersebut mampu bertahan berdepan perubahan cuaca dan kekal seimbang di atas air.

Masakan tidak, sebanyak lebih 30,000 pelampung digunakan untuk memastikan 13,312 panel solar dan 40 unit inverter yang dipasang kekal statik.

Bercakap mengenai projek itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunseap Group, Frank Phuan menjelaskan, projek tenaga solar itu mampu memanfaatkan kawasan pesisiran laut.

solar

“Kawasan laut, takungan dan tasik menjadi tempat berpotensi untuk projek tenaga solar kerana kurang risiko vandalisme dan kecurian bahkan menerima cahaya penuh matahari tanpa sebarang halangan.

“Pun begitu, projek ini ada cabarannya tersendiri kerana sifat laut terbuka mengundang risiko yang tidak dijangka selain gangguan laluan kapal laut,” katanya.

Iklan

Justeru, ujarnya, projek itu memerlukan kepakaran ahli marin untuk memastikan pemasangan dan reka bentuk sistem tambatan dalam keadaan terbaik.

SOLAR

Barangkali satu projek menarik yang wajar dicontohi untuk membantu menampung bekalan tenaga dalam negara.

Projek solar lain yang turut mendapat tumpuan dunia tidak kurang hebatnya dengan ribuan panel solar digunakan di atas air.

Iklan

Sebagai contoh, China juga membangunkan projek tenaga solar terapung pada skala luar biasa di wilayah Huainan dengan kapasiti 40 megawatt (MW) sejak tahun 2019.

Pun begitu, India juga tidak mahu kalah apabila dikatakan bakal memiliki projek tenaga solar terapung yang terbesar di dunia dan dijangka siap pada 2022 hingga 2023 nanti.

solar

Pentadbiran Madhya Pradesh mengumumkan kepada dunia bahawa projek terbesar yang terletak di sungai Narmada itu mampu menampung kapasiti tenaga 600 MW.

Panel terapung yang menelan belanja sebanyak RM8,575,883.84 itu akan dipasang di kawasan tadahan hujan meliputi keluasan 2,000 hektar di daerah Khandwa.