BEKAS model wanita dan pemenang beberapa pertandingan kecantikan diarahkan melepaskan jawatannya kerana dianggap terlalu cantik.

Seperti yang dilaporkan Malay Mail, wanita itu bernama Claudia Ardelean, 27, bekerja di sebuah hospital di Romania.

Ardelean yang mempunyai ijazah kedua dalam bidang undang-undang dan etika, diberi pekerjaan sebagai ahli lembaga di hospital berkenaan pada awal Februari tanpa bayaran.

Perkara itu terjadi apabila bekas ratu cantik itu membuat perkongsian foto selfie di hadapan sebuah bangunan dan menyatakan kegembiraannya di media sosial miliknya.

“Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan!” tulis Ardelran.

Namun posting itu kemudian dipadam kerana menimbulkan banyak reaksi yang mengatakan bahawa Ardelean diberi kedudukan hanya kerana wajahnya yang cantik.

Kritikan berkenaan mendorong dewan pengarah di hospital tersebut ‘memikirkan kembali’ keputusan mereka, akhirnya Ardelran terpaksa melepaskan jawatannya.

Gara-gara terlampau cantik, bekas model ini dibuang kerja

Iklan

Ardelean memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia terkejut dengan keputusan terbaru oleh majikannya dan kritikan yang diterima di media sosial.

“Mengikut resume, saya mempunyai kemahiran dan pendidikan yang diperlukan untuk mengisi posisi itu.

“Malangnya, di Romania masih ada prasangka seperti ini. Tetapi saya percaya bahawa kecantikan tidak boleh mempengaruhi atau menghalang kerjaya profesional seseorang,” katanya.

Baca juga Pelajar Singapura cipta robot penghantar makanan, lebih 6,000 pesanan berjaya dihantar

Iklan

Pengarahnya, Tise mengatakan dari sudut profesional, Ardelean mempunyai kelayakan yang diperlukan.

“Namun, untuk mengelakkan keraguan, kecurigaan atau tanda tanya mengenai pelantikan ini, kami meminta pengunduran dirinya segera,” katanya.

Difahamkan kini Ardelean bekerja sebagai peguam di sebuah firma tempatan.