Gara-gara terperangkap ribut salji, 30 orang seronok tidur dalam IKEA

TENTU ramai yang suka reka letak dan hiasan dalaman bilik pameran IKEA. Ia membuatkan korang terpesona dengan perabot yang dan berasa seolah-olah berada di rumah.

Namun di utara Denmark, bilik pameran Ikea bertukar menjadi bilik tidur yang luas apabila enam pelanggan dan kira-kira 24 pekerja terkandas dalam bencana ribut salji di negara itu.

Iklan
Iklan

Salji yang turun setebal 12 inci menyebabkan mereka terperangkap ketika gedung membeli-belah di Aalborg itu ditutup pada petang Rabu.

Baca juga: Kala jengking ‘mengganas’ di Mesir, 3 meninggal dunia, ratusan digigit selepas ribut petir

Pekerja dan pelanggan bermalam di dalam bilik pameran dan tidur di atas katil yang biasanya dipamerkan.

“Kami tidur di pameran perabot dan bilik pameran kami di tingkat satu, di mana kami mempunyai katil, tilam, dan katil sofa,” kata pengurus kedai Peter Elmose kepada tabloid Ekstra Bladet.

Tuturnya, mereka yang terperangkap bebas memilih katil yang ingin dicuba selama ini.

Elmose berkata mereka menghabiskan waktu malam itu menonton televisyen dan makan.

Tambahnya, walaupun sedang terperangkap, ia berjalan dengan baik dan menyeronokkan.

Baca juga: Cantik, unik, 10 foto Copenhagen ibu kota senibina dunia

 

Penyiar awam Denmark DR berkata pekerja kedai mainan bersebelahan  juga bermalam di gedung serbaneka itu.

“Ia jauh lebih baik daripada tidur di dalam kereta sendiri. Ia adalah menyenangkan dan hangat, dan kami gembira kerana mereka akan membenarkan kami masuk,” kata Michelle Barrett, salah seorang kakitangan kedai mainan.

“Kami hanya ketawa melihat keadaan itu kerana ia tidak mungkin akan berulang,” tambah Barrett.

Baca juga: Lahir Di Denmark, Keeper KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen Jadi Sebutan Ramai

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Insider

Foto: Daily Mail

Share
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

5 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

19 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

22 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

24 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago