GEMPA bumi yang melanda Turkiye, Syria baru-baru ini dengan kekuatan 7.8 magnitud adalah sekuat 32 bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima.

Berlaku dalam sekelip mata, bencana yang menimpaTurkiye dan Syria menjadi trending. Video yang memaparkan gempa dan kesannya yang dahsyat berlegar di kebanyakan media sosial menjadi perhatian ramai.

Terkini, difahamkan jumlah mangsa telah mencapai lebih daripada 3,800 orang di kedua-dua buah negara dan ia dijangka akan meningkat.

Baca juga: Letusan gergasi 1,000 tahun sekali gunung berapi Tonga beri impak hingga ke Alaska!

Bencana yang berlaku dalam kedinginan musim sejuk itu meruntun hati. Imej runtuhan bangunan hancur dek 7.8 magnitud gegaran amat memilukan. Video teriakan mangsa  mencari ahli keluarga masing-masing mengalirkan air mata.

Berikut 15 info berkaitan gempa bumi berkenaan termasuk situasi yang dikongsikan oleh doktor Malaysia yang berada di sana:

1-Gempa bumi yang berukuran 7.8 magnitud baru-baru ini berpusat di daerah Pazarcik menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah lain, termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

2-la diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 7.6 pada 13.24 tengah hari yang turut berpusat di Kahramanmaras.

 

3-Gempa ini disifatkan paling buruk sejak tahun 2000 ini mengakibatkan kerosakan teruk. Ratusan video yang menunjukkan kesan gempa beredar di laman sosial meruntun hati warga maya.

4-Bayangkan betapa kuatnya gegaran dan kesan yang berlaku di sana. New York Times melaporkan terdahulu, Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum pernah memberitahu The Times pada 2013 bahawa gempa bumi berukuran 7 magnitud mempunyai tenaga yang setara dengan sekitar 32 bom atom Hiroshima.

5-Seorang doktor warga Malaysia, Dr Syazwan Abu Bakar, 34, yang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, antara kawasan paling teruk terjejas berkongsi pengalaman situasi di sana.

Baca juga: Panjang umur, 2 hari tertimbus runtuhan gempa bumi, budak 5 tahun ditemui hidup. 15 info perlu tahu

6-“Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

7-Syazwan yang merupakan doktor am memberitahu beliau dan petugas lain terpaksa berlari keluar dari hospital untuk menyelamatkan diri setiap kali gempa susulan berlaku yang turut menyebabkan bangunan berkenaan mengalami keretakan.

8-“Ketika gempa pertama berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi saya on-call dan sedang berehat. Saya lari keluar dan kemudian saya naik semula untuk tengok pesakit.

9-“Ketika gempa kedua berlaku pada tengah hari saya lari keluar bangunan sekali lagi dan selepas itu bertugas di unit kecemasan,” katanya.

Iklan

10-Dr SyazwaN berkata beliau mengenali lima lagi rakyat Malaysia yang menetap di Gaziantep. dua daripada mereka turut bertugas sebagai doktor.

11-Beliau bagaimanapun tidak mengetahui mengenai keadaan mereka berikutan kesibukan merawat mangsa gempa bumi yang cedera.

12-“Pagi tadi (Isnin) ada orang kedutaan telefon saya tetapi ketika itu saya agak sibuk, saya cuma beri nombor telefon dua lagi rakyat Malaysia di sini,” katanya.

13-Dr Syazwan yang tinggal seorang diri di Gaziantep berkata beliau tidak dapat pulang ke rumah berikutan bangunan berkenaan juga mengalami keretakan dan berkemungkinan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

14-Keluarganya pula menetap di daerah lain sejauh tiga jam perjalanan dari Gaziantep.

15-Difahamkan rumah keluarganya di sana juga retak dan mereka akan berpindah ke kawasan di sebelah barat yang lebih selamat.

Iklan

Saat ini pelbagai pihak dari seantero dunia termasuk Malaysia menghantar bantuan ke sana. Moga dipermudahkan urusan semua pihak dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat.

Baca juga: [VIDEO] Dahsyat! Gempa bumi 7.4 magnitud gegar Jepun, 4 maut, 2.2 juta kediaman bergelap

Sumber: New York Times, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.