BERPULUH video memaparkan gempa bumi Jepun bertebaran di laman sosial. Perabot bergerak, kelengkapan kediaman terbalik dan musnah dipaparkan.

Selepas gegaran, keadaan sekeliling menjadi gelap gelita susulan terputusnya bekalan elektrik.

Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda pantai Fukushima di utara Jepun pada petang 16 Mac mengakibatkan membunuh empat orang. Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa itu berlaku pada 11.36 malam pada kedalaman 60 km di bawah laut.

Agensi itu bagaimanapun menarik balik amaran tsunami berisiko rendah yang dikeluarkan di sepanjang pantai Fukushima dan Miyagi. Bagaimanapun gelombang tsunami 30 sentimeter (sm) membadai pantai di Ishinomaki, yang terletak kira-kira 390 kilometer (km) timur laut Tokyo.

Baca juga:Letusan Gergasi 1,000 Tahun Sekali Gunung Berapi Tonga Beri Impak Hingga Ke Alaska!

Lebih menyedihkan apabila banyak bangunan mengalami kerosakan dan 2 juta kediaman terpaksa bergelap.

The Guardian melaporkan Agensi Meteorologi Jepun menaikkan magnitud gempa kepada 7.4 berbanding 7.3 sebelumnya.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, berkata empat orang maut. Negara itu di dalam fasa berjaga-jaga kemungkinan gegaran kuat yang mungkin akan berlaku lagi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

RATUSAN CEDERA

Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan cedera, beberapa daripada mereka parah, dengan 4,300 isi rumah masih kekurangan air pada tengah pagi.

Penduduk sebuah bandar Fukushima beratur panjang di tempat letak kereta untuk mengisi tangki plastik dengan air untuk kegunaan di rumah.

DINDING PECAH, SERPIHAN TINGKAP BERTABURAN

Rakaman video yang tular menunjukkan dinding pecah bangunan gedung serbaneka jatuh ke tanah dan serpihan tingkap bertaburan di jalan berhampiran stesen kereta api utama di bandar Fukushima, kira-kira 60km dari pantai.

Jalan raya retak dan air melimpah dari paip di bawah tanah. Rakaman turut menunjukkan perabot dan peralatan jatuh ke lantai di beberapa kediaman pangsapuri di Fukushima.

Tokyo Electric Power Company Holdings yang mengendalikan loji nuklear Fukushima Daiichi berkata pekerja tidak menemui perkara abnormal di tapak itu yang sedang dalam proses penamatan tugas.

Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun berkata penggera kebakaran berbunyi di bangunan turbin reaktor Nombor 5 di Fukushima Daiichi tetapi tiada kebakaran terjadi.

Pam air untuk kolam penyejukan bahan api terpakai di dua daripada empat reaktor di Fukushima Daini terhenti seketika dan kemudian beroperasi semula.

Baca juga: #Earthquake trending, gegaran gempa bumi di utara Sumatera dirasai hingga ke lima buah negeri

Iklan

Pasukan Pertahanan Udara Jepun telah menghantar jet pejuang dari pangkalan Hyakuri di wilayah Ibaraki, di selatan Fukushima, untuk pengumpulan maklumat dan penilaian kerosakan.

Lebih 2.2 juta kediaman rumah terputus bekalan elektrik di 14 wilayah termasuk wilayah Tokyo.

Bagaimanapun bekalan elektrik pulih di kebanyakan tempat menjelang pagi kecuali beberapa rumah di wilayah Fukushima dan Miyagi yang paling teruk dilanda bencana, menurut Tohoku Electric Power Co.

Gempa bumi yang melanda semalam menggegarkan sebahagian besar timur Jepun, termasuk Tokyo di mana banyak bangunan bergoyang kuat.

KEROSAKAN SEDANG DINILAI

Kebanyakan perkhidmatan kereta apinya terpaksa dihentikan untuk pemeriksaan keselamatan manakala beberapa kereta api tempatan mula menyambung semula perkhidmatan.

Iklan

Dilaporkan sebuah kereta api ekspres Tohoku Shinkansen tergelincir sebahagiannya antara Fukushima dan Miyagi akibat gempa bumi. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa diaporkan.

Beliau memberitahu pemberita bahawa kerajaan sedang menilai tahap kerosakan dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk operasi menyelamat dan bantuan.

Ketua setiausaha kabinet, Hirokazu Matsuno berkata pihak berkuasa sedang dalam proses menilai kerosakan.

“Kami melakukan yang terbaik dalam operasi menyelamat dan mengutamakan nyawa orang ramai,” katanya.

Gempa bumi 11 tahun lalu di Fukushima bermagnitud mengakibatkan kemusnahan teruk.

11 tahun lalu Fukushima adalah sebahagian daripada utara Jepun yang musnah akibat gempa bumi 9.0 magnitud.

Tsunami yang tercetus mengakibatkan kerosakan loji nuklear. Hingga kini mengakibatkan radiasi besar-besaran menyebabkan beberapa bahagian di daerah itu tidak sesuai didiami.

Baca juga:Gempa Bumi Landa Indonesia, Tidak Cetus Amaran Tsunami, Berikut 9 Fakta Berkaitan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI