SELEPAS 11 hari rejim Zionis melancarkan serangan udara tatkala umat Islam di Palestin sedang menjalani ibadah puasa, kini tentera Israel dan pejuang Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata awal pagi tadi (Jumaat).

Keputusan menamatkan pertempuran tersebut disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan jurucakap Hamas.

palestin
SERANGAN kejam tentera Zionis telah mengakibatkan lebih 200 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh.

Nampaknya, pengumuman genjatan senjata terbabit bukan sahaja menyuntik kelegaaan terhadap penduduk di Gaza, bahkan tempias kegembiraan itu turut dirasai rakyat Malaysia.

Sejak mengetahui perkhabaran berkenaan media sosial tempatan bertali arus dihujani titipan kesyukuran dalam kalangan warga maya. Mereka menzahirkan keterujaan tanda sokongan sehingga ada yang mengucapkan Selamat Hari Raya Palestin berserta hashtag #selamatharirayapalestin.

Instagram @jom_dakwah antaranya, berkongsi klip video suasana rakyat Palestin berjalan masuk ke Masjid Al-Aqsa sambil mengalunkan takbir raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOM DAKWAH 🇲🇾 (@jom_dakwah)

Tulisnya: “Tak sangka dapat juga kita merayakan Aidilfitri bersama-sama. Itu lah RAYA! Aidilfitri adalah kemenangan ummat Islam!

“Kita kena berseronok atas kemenangan ini. Tanda serah kalah dan lemah tentera Zionis!. Semoga ALLAH memelihara Al Aqsa dan seluruh rakyat Palestin.”

Bukan itu sahaja, pemilik akaun di laman sosial Twitter juga tidak melepaskan peluang menulis ciapan hari raya buat rakyat Palestin.

Antaranya:
@hazwanmohamad: “Rakyat Palestin bertakbir raya! Takbir yang tertangguh akhirnya berkumandang menandakan kemenangan ke atas kezaliman rejim militan Israel. Alhamdulillah.

@aliimranaz: “Raya Aidilfitri pertama dan takbir berkumandang di langit Palestin. Moga gelap mendung di tanah air kita turut berarak segera.”

palestin
SUASANA yang mempamerkan rakyat Palestin bersorak tanda kegembiraan selepas tentera Israel dan Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.

@Zaza23424022: “Sujud, laungan takbir, sorakan kegembiraan pagi ini di Masjid Al-Aqsa. Inilah hari raya buat mereka, penduduk Palestin.”

@fazma_othman: “Hari ini 9 Syawal. Kita dah lama bertakbir raya. Hari ini pula Palestin bertakbir meraikan kemenangan. Takbir yang tertangguh.”

Iklan

@tachaaa12345: “Ya ALLAH sebaknya hari jumaat yang mulia ini, 9 Syawal. Kemenangan milikmu Palestin. Alhamdulillah dan selamat hari raya Palestin. Takbir, ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!.”

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita France 24 melaporkan bahawa Israel dan Hamas mula menamatkan pertempuran pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Menurut Benjamin Netanyahu, beliau bersetuju untuk menerima gencatan senjata yang diusulkan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi.

palestinPersetujuan terbabit diambil selepas beliau mengadakan satu mesyuarat dengan Kabinet Keselamatan pada Khamis lalu.

Iklan

Pada masa sama, gencatan senjata tanpa syarat itu berlaku sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendesak termasuk usaha oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam pertempuran itu, lebih 200 penduduk Palestin terkorban gara-gara tindakan kejam rejim Zionis melancarkan serangan udara di Gaza pada 10 Mei lalu.

Sumber: @jom_dakwah , Canva, aljazeera