Hampir 18 juta tontonan, ramai kagum gadis comel berani pegang puluhan ular

April 20, 2021
Oleh Azma ML

Ular, haiwan eksotik yang sering digeruni kerana bisanya yang mampu membunuh sekelip mata. Liuk lentoknya dan gaya menyusur itu membuatkan ramai yang geli.

Dalam perkongsian di Tiktok, seorang gadis dari seberang berkongsi videonya memegang segumpal puluhan ekor ular bersaiz kecil berbelang hitam dan kuning.

Iklan

Video yang dimuatnaik gadis yang bernama Puput Desnita ini mendapat tontonan hampir 18 juta tontonan dalam masa dua hari!

Warganet kagum dengan keberanian Puput dan meninggalkan pelbagai komen yang rata-rata menyatakan ‘seram’ dengan tindakan Puput. Tidak kurang juga yang memujinya berani berdepan dengan ketakutan terhadap haiwan eksotik itu yang lazimnya dialami manusia yang lain.

Baca juga: “Anak Isteri Patah Hati Bawa Diri.” 1001 Cerita Pilu Di Sebalik Kejayaan Beli Rumah Lelong

@ahlemottt01

Ada yang tau gak ini ada berapa ekor?? #Ngabuburit #powerAwesome #fypシ #boiga

♬ Rude Remix – DRXML

Antara komen warganet yang mendapat perhatian ialah seperti berikut;

Iklan

“Nasib baik bukan family member I. Kalau tak dah dalam I pindah jauh-jauh.”-Roselina

“Gugur jantung aku kalau dia jiran aku,”-Yana On

“Dia pegang ular macam pegang tali je.”

“Aku akan pastikan dia bukan jiran aku. Kalau terlepas ular tu, aniaya je.” Inara Aisyah

“Kot terlepas masuk dalam kain haru satu taman.”-Mokcunlily

“Walau pun dilahirkan tahun ular, tapi saya takut ular”-Lynn

Selain itu, tinjauan di dalam akaun Tiktok gadis ini mendapati terdapat banyak lagi jenis ular lain yang dibelanya seperti ular sawa dan tedung. Selain ular, Puput turun berani memegang jengking dan iguana.

@ahlemottt01

#BetterOnSero #fypシ

♬ Kang Galau – yzxangga_

SinarPlus menasihatkan bagi anda yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran tidak mencuba aksi-aksi ini di rumah.

Iklan

Sumber: Tiktok ahlemottt01

Iklan
Iklan